Gaya Hidup Terkini

Menu ‘Sentuhan Ramadan’ Hotel Tenera imbas nostalgia di desa

Bangi – Seperti biasa, menu bufet Ramadan di Hotel Tenera pastinya menjadi pilihan ramai untuk berbuka puasa kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dan harga berpatutan buat seisi keluarga.

Bertemakan Sentuhan Ramadan, hidangan warisan Melayu ini pastinya menjadi tarikan ramai di luar sana yang menggemari masakan tradisional.

Menurut Pengurus besar hotel itu, Fadzly Hamzah berkata, hidangan warisan Melayu ini mampu menjadi tarikan ramai yang menggemari masakan tradisional dan sekaligus membuatkan mereka mengimbas kembali kenangan berbuka berpuasa di desa.

“Apa yang istimewa, para pengunjung boleh menikmati suasana iftar seperti di bazar Ramadan kerana terdapat lebih 30 gerai makanan yang menyajikan juadah kegemaran ramai.

“Antaranya Rendang Ayam Cili Padi, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Daging Tetel Gulai Rebung, Udang Kelapa Parut, Ayam Kunyit Telur Sarang, Daging Dendeng, Ayam Ungkep, Ikan Talang Gulai Nenas dan lain-lain lagi.

“Dengar sahaja nama menu-menu itu, sudah menggambarkan suasana berada di desa. Jadi, ia sangat tepat dengan tema yang kami bawakan iaitu Sentuhan Ramadan,” katanya.

Bukan itu sahaja, hidangan lain yang pastinya tidak dilupakan adalah Kari Kepala Ikan Salmon, Kambing Kabsah Tenera, Lidah Bakar Mulut Senget, Ikan Bakar Besau-Besau Sumbat Kelapa Parut, Laksa Sarang Udang, Nasi Ayam Buloh Betong, Ulam-Ulam Sambal Gesek dan banyak lagi.

Selain itu, antara lain 100 menu hidangan bertemakan Balik Kampung hasil air tangan eksekutif cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul ini turut disediakan adalah Ayam Hot Peri-Peri ‘Yaribaaa’, Pasta World, Seoul Seoul Hot Noodle, Picolomondo Pizza, Yong Tau Foo dan Sup Gear Box Kampung Utara.

Tidak dilupakan juga aneka cucur, kuih muih melayu, bahulu panas, aneka biskut lejen, buah-buahan, Cendol Sawit Tok Ram, Apam Balik Moden, Kuih Serabai, Tepung Pelita, Talam Keladi, Bubur Semanis Awak, Bakar Bijan, aiskrim potong dan minuman pelengkap selera yang menyelerakan seperti air sejuk mata memandang, air botol legend dan kopi gantung brew omputih.

Kepada peminat masakan Cina, hidangan istimewa Dim Sum Bunga yang disajikan bersama Sos Hoisin dan pedas.

Sungguh ‘mewah’ aneka juadah yang disajikan namun harganya tetap berpatutan. Bufet Ramadan 2023 bertemakan Sentuhan Ramadan di Grand Ballroom Hotel Tenera ini menawarkan harga RM118 seorang dan RM58 bagi kanak-kanak.

Menerusi media sosial, ramai yang berpuas hati dan memuji makanan sedap di Hotel Tenera yang sukar diperolehi di tempat lain.

Bukan sahaja masyarakat, malah selebriti Datin Alyah turut memilih Hotel Tenera sebagai lokasi untuk berbuka puasa sekali gus dinobatkan sebagai wajah penyeri Ramadan hotel ini.

Istimewa Ramadan kali ini, Hotel Tenera telah mengeluarkan produk terbaharu iaitu Pes Masakan.

Pes masakan ini terdiri daripada Pes Sambal Tumis, Kerutuk, Gulai Kawah, Kari India dan Sambal Bilis. Semua pes ini digunakan dalam hidangan masakan Bufet Ramadan pada tahun ini. Sepanjang Ramadan ini, mereka menawarkan harga istimewa potongan 10% diskaun untuk setiap pembelian Pes Kombo yang harga asalnya RM35.

Selain itu, Hotel Tenera juga menawarkan Pakej ‘Ramadan Stay And Dine’ di sepanjang Bulan Ramadan ini. Pakej ini meliputi penginapan bilik berserta Bufet Ramadan dan sahur untuk 2 orang.

Sebarang maklumat lanjut tentang bufet Ramadan Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor ini, boleh hubungi di talian 03-89299600 atau whatsap 0193854796/019-3592796 atau layari facebook/Instagram : hoteltenerabangi. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: