Terkini

Isu Laporan Dakwa Penjawat Awam Bakal Dibuang: Pengurusan Awesome TV Hadir Ke SKMM

CYBERJAYA  – Pengurusan saluran televisyen swasta Awesome TV hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini, hari ini, dipercayai berhubung isu laporan mendakwa kerajaan akan membuang lebih 800,000 penjawat awam.

Mereka dilihat memasuki bangunan SKMM kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi dan keluar 30 minit kemudian, namun enggan memberi sebarang kenyataan apabila ditanya pemberita mengenai kehadiran ke suruhanjaya itu.

Seorang wakil itu bagaimanapun memaklumkan, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

Terdahulu pada sidang Dewan Rakyat, pagi tadi, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata saluran televisyen itu yang disiarkan menerusi MYTV dan ASTRO, didapati menerbitkan kandungan berita yang melanggar peraturan sebanyak enam kali, termasuk fitnah terhadap kerajaan sekarang.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua agensi media untuk menerbitkan kandungan secara bertanggungjawab dan beretika serta mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan.

Fahmi berkata demikian dalam sesi jawab lisan ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) sama ada kerajaan berhasrat melarang pemberitaan yang memetik sumber, dalam kalangan agensi media di Malaysia.

-Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: