Terkini

Selepas makanan, kini ada pula Buku RAHMAH – Salahuddin

Kuala Lumpur – Bukan setakat makanan, inisiatif RAHMAH diperkenalkan kerajaan kini semakin berkembang apabila menawarkan Buku RAHMAH pula yang dijual pada harga RM5.

Perkara itu dikongsi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

“Kalau sebelum ini kita ada Menu RAHMAH untuk jasmani, kali ini ada RAHMAH untuk rohani.

“Terima kasih Kedai Buku SARJANA kerana melaksanakan inisiatif Jualan RAHMAH dengan menawarkan Buku RAHMAH yang berharga RM5!,” katanya.

Menurut Salahuddin, di premis tersebut terdapat pelbagai buku berbentuk kerohanian dan keagamaan.

“Bagi mereka yang menggemari buku berbentuk kerohanian, bolehlah mengunjungi Kedai Buku SARJANA di AEON BiG Wangsa Maju, dan dapatkan buku terpilih dengan harga bermula RM5 senaskah,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: