Sukan Terkini

Safee Sali umum bersara dari bola sepak profesional

KUALA LUMPUR – Dengan bilangan jaringan yang melebihi 136 untuk kelab dan 47 untuk negara, lagenda bolasepak Malaysia, Safee Sali telah mengumumkan persaraan beliau daripada bolasepak profesional pada hari ini. Veteran dan ikon yang berusia 39 tahun, dan juga dianggap sebagai pemain bolasepak terhebat sepanjang zaman, telah mengumumkan persaraan daripada kerjaya bolasepaknya yang cemerlang. Mengikuti perjalanan beliau selama hampir 2 dekad, Safee akhirnya membuat keputusan untuk mengakhiri kerjaya bolasepak beliau dan mengucapkan terima kasih kepada peminat, rakan seperjuangan, kelab bolasepak dan para penaja yang telah menyokong beliau sepanjang bergelar pemain bolasepak.

Bekas ikon Harimau Malaya ini telah memulakan kerjaya profesional pada tahun 2004 dan bermain dalam beberapa buah kelab bolasepak yang terbaik di dalam serta luar negara, termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur City FC, Selangor FC dan Pelita Jaya FC dari Indonesia. Dengan kemahiran menyerang dan kebolehan untuk membuat aksi akrobatik, beliau yang merupakan penyerang tengah adalah watak yang penting dalam kejayaan Malaysia memenangi Piala AFF pada tahun 2010. Pada tahun 2022, beliau telah memegang rekod sebagai pemain bolasepak Malaysia pertama yang bermain dalam dua perlawanan akhir Piala AFC iaitu semasa bermain dengan KL City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2015.

“Safee Sali merupakan lagenda sebenar bolasepak Malaysia dan menjadi contoh kepada pemain muda dalam negara. Dedikasi, usaha keras dan semangat beliau terhadap sukan telah menempatkan beliau di hati peminat di Malaysia dan komuniti bolasepak di seluruh dunia. Bagi mewakili FAM, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Safee di atas sumbangan beliau terhadap bolasepak Malaysia dan semoga berjaya untuk masa hadapan beliau. Kami yakin beliau akan terus memberi impak yang positif kepada sukan, dan kami amat menantikan penglibatan beliau di dalam pembangunan bolasepak Malaysia”, ucap Yang Berbahagia Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang hadir pada sidang media tersebut.

Memberi komen mengenai persaraan dan perancangan beliau pada masa hadapan, Safee berkata “Bolasepak akan sentiasa menjadi sebahagian besar daripada kehidupan saya tetapi saya amat teruja untuk meneroka masa hadapan dan peluang yang menanti. Dalam peralihan ke fasa seterusnya dalam hidup saya, saya ingin memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan saya dalam menjadi pemangkin untuk generasi bolasepak Malaysia yang seterusnya. Saya amat teruja untuk mengumumkan bahawa saya sedang dalam usaha untuk menubuhkan
akademi bolasepak yang akan mencungkil bakat-bakat muda ke peringkat yang tertinggi. Pada masa yang sama juga, saya juga dalam usaha untuk menghasilkan sebuah dokumentari bertajuk “SEPULUH” yang akan memaparkan kehidupan dan kerjaya bolasepak saya.”

Dokumentari Safee Sali adalah bertujuan untuk berkongsi tentang kehidupan beliau kepada dunia dan memberi inspirasi kepada sesiapa yang sedang mengejar cita-cita mereka. Dokumentari tersebut bukan sahaja akan menceritakan tentang pencapaian Safee, tetapi turut menyelitkan kehidupan peribadi beliau dan watak-watak penting yang telah menyokong sepanjang perjalanan kehidupan beliau. Penonton bakal berpeluang untuk menyaksikan kehidupan seorang lelaki sebagai pemain bolasepak, keluarga, rakan-rakan dan individu yang
telah memainkan peranan penting dalam kehidupan beliau.

Selain daripada menyertai Astro Arena sebagai pengulas bolasepak , ikon bolasepak ini telah menjalankan usaha sama, termasuklah penubuhan Akademi Safee Sali, sebuah akademi yang bertujuan untuk membangunkan bakat-bakat anak muda terhadap bolasepak dalam negara.

Matlamat beliau adalah untuk menggunakan pengalaman dan pengetahuan tentang sukan mengajar generasi bolasepak seterusnya, dan membantu mereka untuk mencungkil potensi masing-masing. Di samping itu, Safee turut mengumumkan satu rancangan yang akan dilancarkan tidak lama lagi dan diberi nama ‘Sports Tarik’, iaitu saluran Youtube khusus untuk mengupas mengenai topik-topik, pandangan dan personaliti yang menarik dalam dunia sukan.

Dihoskan oleh beliau sendiri, Safee berharap agar rancangan tersebut dapat memberi isi dan kandungan yang bernilai serta dapat mengeratkan hubungan beliau bersama peminat. Dengan usaha ini, Safee amat teruja untuk menantikan bab seterusnya dalam kehidupan beliau dan meneroka peluang pada masa hadapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: