Terkini

Ismail Sabri gesa kerajaan benarkan pengeluaran wang KWSP bersasar

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob meminta kerajaan supaya mempertimbangkan permohonan rakyat yang memerlukan pengeluaran sejumlah wang Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) secara bersasar untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Katanya, baru-baru ini beliau bertemu dengan wakil Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) yang memaklumkan situasi di mana ramai pekerja berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan hidup.

Menurut ahli Parlimen Bera itu, terdapat segelintir pihak yang baru mendapat pekerjaan tetapi masih bertatih untuk hidup, ada juga yang masih menganggur tetapi mempunyai simpanan KWSP.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang menjadi muflis kerana tidak mampu untuk bayar hutang.

Menurut Ismail, meskipun wang simpanan KWSP bertujuan untuk digunakan pada hari tua namun ianya tidak bermakna apabila memasuki hari tua dalam keadaan yang muflis.

“Keperluannya yang mendesak adalah hari ini.

“Bukan apabila sampai tempoh hari tua,” katanya dalam ucapan titah diraja di Dewan Rakyat,hari ini.

Atas sebab itu, katanya, beliau bersama-sama PWRN dan rakan-rakan ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) seperti Arau (Shahidan Kassim) untuk meminta kerajaan pertimbangkan permohonan tersebut.

“Pengeluaran bersasar tersebut jika dibenarkan, syarat-syaratnya boleh ditentukan sendiri oleh kerajaan.”

Tambahnya lagi, peruntukan daripada pengeluaran wang pencarum KWSP berdasarkan empat kali pengeluaran sejak pandemik Covid-19 melibatkan jumlah yang kecil berbanding jumlah keseluruhan aset badan itu.

Katanya, pengeluaran KWSP “iLestari, iSinar, iCitra dan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 melibatkan hanya RM145 bilion dengan 1.8 juta pencarum.

“Yang terkesan besar mungkin KWSP itu sendiri kerana KWSP menggunakan pelaburan ataupun simpanan daripada pencarum untuk jalankan perniagaan mereka.

“Tetapi saya percaya pengeluaran ini memperuntukkan jumlah kecil berbanding keseluruhan aset di bawah pengurusan KWSP yang sudah hampir mencecah RM1 trilion,” katanya.

Sebelum ini, beberapa ahli Parlimen PN dalam ucapan perbahasan titah diraja turut menggesa kerajaan mempertimbangkan semula pengeluaran wang KWSP meskipun kerajaan sudah memutuskan tiada lagi pengeluaran daripada wang simpanan pencarum pada masa akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: