Hiburan Terkini

Sumpahan Syaitan bakal sumpah penonton 2 Mac ini

Kuala Lumpur – Kelebihan filem seram ialah orang ramai tetap suka menonton walaupun mereka tahu sepanjang tayangan hampir 90 peratus masa dihabiskan dengan menutup muka atau menjerit.

Sehubungan itu, bagi memenuhi kehendak peminat filem seram, D-Bay Film Factory Sdn Bhd menerbitkan filem Sumpahan Syaitan di bawah syarikat produksi Redfiress Film Production.

Penerbitnya, Datuk Yahya Othman berkata, filem berkenaan bukan saja tampil dengan jalan cerita mendebarkan, tetapi dengan jelmaan imej mengerikan serta sistem bunyi menyeramkan.

Namun, dalam masa sama ada diselitkan unsur komedi untuk meletakkanya sebaris dengan filem berkategori Umum (U) sesuai semua peringkat umur.

Filem ini menampilkan pelakon seperti Datuk AC Mizal, Farid Kamil, Adam Shah, Azlee Senario, Yassin Senario, Saiful Apek, Pak Ya, Nynaa Harizal, Arin RL dan ramai lagi.

Gandingan pelakon mantap dan pelawak terkenal semestinya menjadikan filem yang diadun dan digarap sempurna oleh pengarah terbaik, Roy Krishna sebagai satu naskah yang wajib ditonton seiisi keluarga.

Pada awal pembuka filem, penonton dihidangkan babak dimana seorang lelaki bernama Sam yang terlibat dengan pinjaman wang haram setelah terpedaya menyertai skim cepat kaya atau MLM. Babak ini menjadi norma biasa bagi masyarakat kita yang mengambil jalan mudah untuk cepat kaya dalam masa singkat.

Dalam filem ini juga, secara tidak langsung banyak pengajaran yang diselitkan untuk kesedaran penonton bukan sahaja bergelak ketawa dan merasai aura seram yang dipaparkan.

Sinopsis

Kisah tentang Sam yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM. Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco. Selepas Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam dan keluarganya pergi ke Hotel lama yang baru dibelinya untuk menyembunyikan diri.

Namun malangnya nasib Sam sejak hotel itu beroperasi, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada suatu ketika dulu.

Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya?

Adakah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya?

Dilihat pada akhir jalan cerita filem ini, pengarah meletakkan penonton dalam keadaan berteka-teki seolah-olah bakal ada sambungan dari filem ini.

Ini membuatkan para penonton merasa tidak sabar untuk bergelak ketawa dan merasai keseraman sekali lagi pada siri kedua nanti. Adakah benar akan ada Sumpahan Syaitan 2, sama-sama kita nantikan.

Peraduan “Tonton dan Menang

Hanya dengan menonton filem “Sumpahan Syaitan” anda berpeluang untuk membawa pulang sebuah motorsikal. 5 buah motor untuk diberi kepada penonton bertuah!

Mudahkan?

Tunggu apa lagi, saksikan filem “Sumpahan Syaitan” di pawagam berhampiran anda bermula 2 Mac ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila scan QR code tertera atau layari www.sumpahansyaitan.com

*Tiket wayang harus disertakan semasa mengisi borang peraduan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: