Gaya Hidup Hiburan Terkini

Che Ta diumum wajah istimewa Angsa Emas Jewellery

Kuala Lumpur – Tuah ayam nampak di kaki, tuah Che Ta pada kejelitaannya. Meskipun tidak begitu aktif berlakon, dramatis terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta terus menjadi buruan untuk menjadi duta kepada pelbagai syarikat besar berikutan kejelitaan wajahnya.

Terbaru, beliau dilantik sebagai wajah istimewa (Muse) kepada syarikat emas bumiputera, Angsa Emas Jewellery bagi koleksi istimewa dan Koleksi Aidilfitri 2023.

Pengarah Angsa Emas Jewellery, Datuk Zulhilmi Mukhtar, berkata pemilihan Che Ta selaku muse bertepatan dengan penampilannya yang anggun, selain beliau juga merupakan pencinta barangan kemas sejak awal penglibatannya lagi.

“Che Ta ialah pencinta barangan kemas terutama berlian dan emas, malah beliau sering dilihat bijak memadansuaikan koleksi barang kemas dengan busananya.

“Beliau juga akan memperagakan koleksi emas kami untuk beberapa kempen sepanjang tahun dan juga koleksi baharu kami yang akan keluar pada musim raya nanti”, katanya.

Beliau juga berharap dengan pemilihan tepat ini dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak dan pelanggan secara tidak langsung.

Tambahnya lagi, emas bukan sahaja cantik dijadikan perhiasan tubuh tetapi juga boleh dijadikan ‘dana kecemasan’ ketika dilanda musibah.

“Selain wang tunai, orang ramai boleh menyimpan emas sebagai benteng kewangan terakhir dengan menjual atau memajaknya untuk mendapatkan wang tunai” jelasnya.

Angsa Emas Jewellery juga mahu melaksanakan misi memperluaskan industri emas dan melakukan kolaborasi strategik bersama selebriti popular seperti Che Ta sebagai peneraju emas patuh syariah.

Sementara itu, Zulhilmi berkata, syarikat merancang melaksanakan transaksi jual beli emas secara bersemuka dan di atas talian serta memperluaskan cawangan perniagaan pada tahun ini.

“Antara sasaran dan target kami adalah untuk membuka 10 buah lagi cawangan fizikal sambil membangun dan memperkasakan perlaksanaan prosedur Operasi Standard (SOP) patuh syariah di dalam perniagaan emas.

“Syarikat juga menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur dengan menjadi pelopor perniagaan patuh syariah di Malaysia,” katanya.

Angsa Emas Jewellery kali ini juga melebarkan sayap dengan dengan menawarkan keahlian AEJ Takaful dimana ia sebuah pelan keahlian baharu kepada ahli-ahlinya atas kerjasama Modularsoft yang diunderait oleh
Etiqa General Takaful Berhad.


Pelan keahlian ini menawarkan faedah yang lebih baik dengan memberikan nilai mata yang
lebih tinggi untuk setiap pembelian disamping memberikan perlindungan kemalangan peribadi yang bernilai sehingga RM30,000 untuk kematian atau hilang upaya menyeluruh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan.

Pelan keahlian ini dibuka untuk warganegara Malaysia yang beragama Islam serta berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 65 tahun.

Pendekatan strategik ini akan memberikan nilai tambah yang besar dengan memberikan mereka pampasan sehingga RM30,000 khairat kematian atau kecacatan penuh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan serta pampasan kos pengebumian sehingga RM3,000.

Dalam majlis itu, Angsa Emas Jewellery turut merasmikan logo dan warna baharu bagi meningkatkan standard produk jualannya.

Turut hadir, pengasas bersama Datin Normadora Mohd Nor, selebriti Wany Hasrita, Amira Othman, Sherry dan ramai lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: