Terkini

4 Usahawan OKU Dinobat SAY LEAD Dalam Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor edisi keempat

Kuala Lumpur – Memegang status orang kelainan upaya (OKU) bukanlah satu hal yang mudah kerana perlu berhadapan dengan stigma masyarakat yang meragui keupayaan mereka, malah tidak kurang juga ada bertindak biadab dengan mengejek atau dijadikan bahan jenaka.

Namun, perkara tersebut tidak menjadi halangan untuk mereka mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing walaupun terpaksa bermula dari bawah dan menelan 1001 kepayahan sehingga mampu membina empayar perniagaan sendiri.

SAY LEAD dijalankan dibawah inisiatif Entrepreneurship Selangor dengan membawa visi dan misi untuk mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia.

Liga ini dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh DYTM Raja Muda Selangor. Program Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) pada kali ini telah memasuki edisi keempat.

Menariknya pada edisi kali ini, usahawan OKU pekak dan bisu turut menyertai dan menunjukkan potensi yang hebat seperti usahawan OKU lain. Dengan dibantu oleh Jurubahasa Isyarat (JBI) semasa sesi pembentangan membuktikan mereka mampu dan ingin keterhadapan seperti yang lain.

Liga ini ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor yang diterajui oleh EXCO Pembangunan Usahawan, YB Rodziah Ismail.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan menobatkan tiga usahawan orang kurang upaya (OKU) sebagai Ikon Usahawan OKU Selangor dalam pusingan akhir Liga Usahawan OKU Selangor edisi keempat hari ini.


Terdahulu, baginda mencemar duli menjadi juri pusingan akhir liga berkenaan turut mendengar pembentangan perniagaan sembilan usahawan OKU yang layak ke pusingan akhir bersama empat juri selama tiga jam.

Baginda dan barisan juri kemudian melakukan penjurian untuk memilih ikon usahawan sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang dan sijil penyertaan kepada semua peserta.

Usahawan perabot kayu yang juga OKU sebelah mata, Mohd Noor Affendi Abdul Muin dipilih sebagai pemenang pertama Ikon Usahawan diikuti usahawan nasi lemak dan makanan sejuk beku yang juga seorang OKU fizikal, Amir Mohsin Mohd Bahrudin meraih tempat kedua.


Usahawan kedai runcit Irwan Fairuzi Johari juga seorang OKU fizikal pula ditempat ketiga dan usahawan perkhidmatan cucian Nur Aini Mohamad Mashudi dipilih sebagai Usahawan Harapan.

Tiga pemenang ikon usahawan membawa pulang piala dan sijil pengiktirafan daripada SAY, geran perniagaan Program Usahawan OKU Selangor (SAY Lead) bernilai RM3,000 dan akan mara ke peringkat seterusnya iaitu SAY Lead Plus iaitu program bimbingan selama setahun.

Melalui program itu para pemenang dapat mengembangkan perniagaan menerusi akses pasaran baharu, pendigitalan perniagaan dan pasaran eksport.

Penjurian turut dilakukan Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekosistem Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Dr Salmah Sathiman dan Penasihat SME Bank Islam Datuk Dr Hafsah Hashim.

Turut serta ialah Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) Mohammad Syukri Ismail dan Pengurus Pusat kecemerlangan Perusahaan Sosial Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Muhammad Hafizul Khair Mohd. Yusof.

Program ini ditaja oleh Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan serta mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: