Politik Terkini

Muhyiddin akan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok

SHAH ALAM – Selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung wang dalam parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dijangka Muhyiddin akan didakwa pukul 8.30 pagi dan pendakwaan akan mengemukakan satu pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sementara itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam jemputan medianya hari ini memaklumkan mendapat izin mendakwa seorang Ahli Parlimen esok di Mahkamah Sesyen.

Jumaat lalu, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md. Yasin, 76, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan RM232.5 juta dan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM195 juta tiga tahun lalu.

Pengakuan tidak bersalah itu dibuat selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: