Politik Terkini

SPRM cari Datuk Roy

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan seorang perancang utama yang dikenal pasti terlibat dalam kes rasuah berhubung siasatan kes program Jana Wibawa.

Menurut sumber, dalang utama itu yang digelar sebagai ‘Datuk Roy’ berusia dalam lingkungan 50-an dan pernah dituduh sebelum ini di mahkamah serta dipenjarakan atas kesalahan rasuah.

“Sebelum ini, SPRM pada 9 Mac lalu telah menahan empat individu berusia 40 hingga 50 tahun termasuk seorang pegawai suruhanjaya ini dan seorang wanita kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

“Kesemua mereka disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 kononnya bagi mengelakkan siasatan kes berkenaan,” katanya hari ini.

Jelas sumber tersebut, wanita berkenaan bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM manakala tiga suspek lain telah direman sehingga esok (13 Mac).

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi turut mengesahkan perkara tersebut.

Azam turut memaklumkan bahawa suruhanjaya itu tidak akan berkompromi sama sekali sekiranya didapati mana-mana pegawai SPRM terbabit dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: