Terkini

Hannah Yeoh bakal baca Berita Perdana RTM

Kuala Lumpur – Hannah Yeoh terus membuktikan beliau adalah menteri yang serba boleh apabila bakal muncul dalam kaca televisyen bagi membaca berita sukan.

Menteri Belia dan Sukan itu sebelum ini menyahut cabaran berlatih bersama skuad bawah 20 tahun wanita kebangsaan di Wisma FAM, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Ahli Parlimen Segambut itu berkata menjadi pembaca berita merupakan impianmya sejak di alam persekolahan lagi.

“Sempena ulangtahun RTM yang ke-77, saya telah diberi peluang untuk membaca berita sukan dalam edisi khas mereka.

“Nantikan 1 dan 2 April ini jam 8:20 malam di RTM 1, Berita Perdana. Saya akan menyampaikan segmen sukan baru Stadium RTM.

“Terima Kasih Berita RTM atas keyakinan yang diberi kepada saya sebagai presenter pertama untuk segmen ini,” tulisnya.

Hantaran tersebut yang mendapat perhatian pengikutnya di media sosial yang rata-rata tidak sabar untuk menonton Hannah menyampaikan berita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: