Terkini

Raja Muda Selangor santuni anak yatim, asnaf dan bekas polis di program Ziarah Ramadan

Hulu Selangor – Tengku Amir Shah mencemar duli ke Program Ziarah Ramadan 2023 anjuran Selangor Youth Community (SAY) dan Yayasan Raja Muda Selangor untuk menyampaikan sumbangan daripada syarikat Worldwide Holdings Berhad dan Starvilion di premis Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah, disini hari ini.

Raja Muda Selangor itu, menyampaikan sumbangan wang tunai RM3,500 kepada rumah anak yatim dan asnaf berkenaan dan baju raya sumbangan Starvilion kepada 40 penghuninya.

Baginda turut menyampaikan sumbangan RM400 dan kotak makanan bernilai RM100 daripada Worldwide Holdings kepada empat keluarga asnaf terpilih.

Turut disampaikan, 10 buah kerusi roda sumbangan Worldwide bernilai RM7,000 kepada Persatuan Bekas Polis Negeri Selangor.

Baginda yang tiba pada jam 3 petang diiringi Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Muzaffar Raja Redzwa; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Mohd Hasry Nor Mohd; Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohamad Hanafe Basri dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim.

Baginda berkenan masuk ke dalam bangunan Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah untuk meninjau keadaan sekitar dan beramah mesra bersama penghuni.

Terdahulu, baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat rumah anak yatim dan membantu memasang dua almari untuk kegunaan asrama.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Berhad, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata jumlah sumbangan RM40,000 tersebut adalah sebahagian daripada RM200,000 yang disumbangkan kepada Yayasan Raja Muda Selangor tahun ini.

“Pihak Worldwide Holdings Berhad bekerjasama dengan Yayasan Raja Muda Selangor sejak 17 tahun lalu bagi menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Saya akan meneruskan program seperti ini dan kami harap pihak Yayasan Raja Muda Selangor dapat menepati kriteria program CSR yang kami tetapkan bagi membantu asnaf-asnaf di Selangor,” katanya. 

Jurucakap Selangor Youth Community (SAY) menambah, program Ziarah Ramadan adalah satu platform bagi kedua-dua syarikat menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mengagihkan agihan zakat dan bantuan kepada golongan asnaf serta masyarakat yang memerlukan.

“Komuniti di daerah Hulu Selangor dipilih tahun ini sebagai penerima bantuan. Pengagihan sumbangan berupaya memberi impak besar kepada komuniti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: