KUALA LUMPUR – Buttonscarves memukau komuniti BSLady sekali lagi dengan sambutan global yang menarik bagi ulang tahun ke-7 jenama itu, dari Indonesia ke Malaysia.
Dalam semangat Ramadan, sambutan itu berlangsung di hotel W Kuala Lumpur dengan kehadiran 130 tetamu daripada rakan jenama, media, serta komuniti BSLady di Malaysia untuk majlis berbuka puasa.

Linda Anggrea, Pengasas & Pengarah Kreatif Buttonscarves berkata; “kami bukan sahaja meraikan tahun ke-7 dalam industri bersama komuniti BSLady di Indonesia dan Malaysia malam ini, tetapi kami juga meraikan pertumbuhan yang dicapai oleh jenama kami pada skala global.
“Kami memulakan kempen #ButtonscarvesGoesGlobal awal tahun ini dengan pemasangan Buttonscarves gergasi di tengah-tengah Times Square, New York City, kemudian, kami dapat meraikan ulang tahun ke-7 dalam bulan suci Ramadan dengan kasih sayang dan sokongan dua negara yang indah.
Pada majlis ulang tahun itu, turut dipaparkan pertunjukan fesyen eksklusif yang menampilkan pratonton Hold Me Bag terbaharu seperti yang dilihat di Times Square, Bandar New York.

Penyanyi yerkenal Indonesia, Pasha Ungu turut menghiburkan para tetamu diikuti acara membuka kotak bagi memperkenalkan tudung khas yang direka bentuk secara eksklusif untuk meraikan ulang tahun ke-7 Buttonscarves.


Pengarah Negara Buttonscarves Malaysia, Sharifah Itasha Jamalullail turut menyatakan rasa syukur tentang perkembangan positif jenama itu di Malaysia.
“Alhamdulillah, dalam tempoh kurang 8 bulan, sambutan yang kami terima daripada BSLady, rakan media, rakan niaga, serta dari industri fesyen di #ButtonscarvesGoesGlobal amat mengagumkan. Kami berasa rendah diri dengan peluang dan sokongan yang diberikan ini” katanya.

Tambahnya, sempena ulang tahun ke 7 itu, turut dilancarkan koleksi tudung terbaharu yang dinamakan Siri Bèl Flè.
Siri istimewa tersebut telah dilancarkan secara eksklusif di laman sesawang dan seluruh cawangan Buttonscarves di Malaysia sahaja.
Siri Bèl Flè ini menampilkan corak peonies yang cantik sempena meraikan kegembiraan dan kebahagiaan penggemar jenama pakaian tersebut.
“Kami pernah mengeluarkan siri pertama yang diinspirasikan oleh Malaysia yang dipanggil The Malaya Series, yang menampilkan mercu tanda ikonik di Kuala Lumpur, dan ia ternyata menjadi popular dalam komuniti BSLady kami yang cantik bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia juga” jelasnya lagi.
Setelah mencapai pelbagai kejayaan sejak meluaskan sayap perniagaan mereka di Malaysia pada tahun 2018, Buttonscarves juga turut memilih pelakon Elfira Loy sebagai duta pertama Buttonscarves Malaysia.

Ujarnya, dengan perkembangan dan penerimaan positif dari peminat fesyen, Buttonscarves Malaysia kini mempunyai lima cawangan butik di seluruh Lembah Kelang.
Beliau turut menghargai hasil sokongan para peminat fesyen serta usaha media cetak dan elektronik, pempengaruh media sosial dan rakan industri yang menaikkan jenama ini sebagai satu fenomena gaya para wanita.
“Semua pihak mempunyai peranan sendiri dan saya menghargainya, kerana tanpa semua kami tidak sampai ke tahap seperti hari ini.
“InsyaAllah, kami sedang meneliti dan berusaha untuk membawa masuk jenama pakaian muslimah kontemporari atau modeniti iaitu Benang Jarum bagi memberi nafas baru dalam dunia fesyen yang masih mengekalkan kesopanan dan syariah” ujarnya.

Sebagai info, Buttonscarves ialah jenama fesyen dewasa Indonesia yang diasaskan pada 2016 yang berdedikasi untuk menghasilkan karya bergaya hanya menggunakan bahan terbaik dalam kelasnya dan reka bentuk yang luar biasa. Sehingga kini, Buttonscarves mempunyai lebih 40 kedai yang terletak di seluruh Indonesia dan berkembang pesat di Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam.