Hiburan

Mira Filzah lancar jenama tudung sendiri, minat bisnes sejak dulu lagi

KUALA LUMPUR – Keputusan menceburi dunia perniagaan bukanlah usaha pelakon, Mira Filzah, 30, memperlahankan karier seni.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, biarpun giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, menjadi ibu dan isteri, dia masih mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan.

“Saya tidak anggap perniagaan ini sebagai ‘back up’. Saya fikir, Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni. Masih banyak yang saya mahu buat dan teroka.

“Pada usia sekarang serta status sebagai ibu dan isteri, ia tidak menghalang saya bergerak lebih jauh dalam industri seni. Saya baru 30 tahun, jauh lagi perjalanan saya.

“Saya tengok selebriti lain pada usia 40 tahun pun masih berlakon dan boleh melakukan yang terbaik. Jadi, saya anggap perkara ini sebagai impian dan cita-cita yang sudah lama tersimpan,” katanya.

Mira gembira drama komedi lakonannya, iaitu Imam Instant Ustazah Scammer mendapat sambutan memberangsangkan selepas setahun lebih berehat berikutan melahirkan anaknya, Wan Khair Amir pada 10 Mei tahun lalu.

“Saya kembali berlakon ketika Amir berusia lapan bulan. Alhamdulillah, dia sudah berusia hampir setahun sekarang. Jadi, niat saya untuk terus aktif berlakon,” katanya ditemui pada majlis pelancaran jenama tudung sendiri, Mira Filzah di sebuah restoran di sini, semalam.

Mengulas mengenai perniagaan hijab, Mira sudah lama menyimpan impian membangunkan jenama hijabnya sendiri.

“Sebenarnya, saya sudah lama berminat dalam bidang perniagaan, iaitu sejak saya belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada usia 18 tahun.

“Ketika itu, saya menjual secara suka-suka sahaja. Pada 2016, saya lancarkan tudung sendiri dan saya guna jenama MF Shawls dalam drama Cinta Si Wedding Planner.

“Alhamdulillah, perniagaan itu baik. Namun, saya terpaksa tutup tidak lama kemudian kerana tidak menang tangan.

“Akhirnya, selepas beberapa tahun berehat, saya fikir ini tahun terbaik untuk memulakan semula apa yang sudah lama saya tinggal dan impikan,” katanya yang gementar melancarkan jenamanya sendiri.

Mira mengaku berhadapan banyak cabaran merealisasikan pelancaran produk sendiri seperti jadual yang padat dengan komitmen penggambaran drama Imam Instant Ustazah Scammer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: