Terkini

25 pengusaha stesen Shell rai pelajar asnaf dan anak yatim ‘shopping’ raya

Subang Jaya – Sebanyak 26 stesen minyak Shell di sekitar zon C06 meliputi kawasan sebahagian Petaling Jaya, Puchong dan Shah Alam hari ini, bergabung usaha menyalurkan sumbangan berbentuk pembelian pakaian raya kepada anak-anak asnaf dan yatim dari Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5.

Sumbangan pembelian pakaian raya itu disalurkan kepada sejumlah 53 orang pelajar dengan nilai belian RM150 seorang. Para pelajar ini boleh membeli baju raya, songkok, tudung, samping, kerongsang dan sebagainya yang dijalankan di pasaraya Mydin, Subang Jaya.

Dana sumbangan ini dikumpul oleh 25 pengusaha stesen dalam menjayakan program CSR sepanjang tahun ini.

Wakil Shell yang juga merupakan pengusaha stesen, Hani Salleh berkata, dana yang dikumpul adalah dari setiap pengusaha yang berbesar hati dengan inisiatif murni bagi membantu golongan memerlukan.

“Kami dibantu oleh para ustaz dan ustazah di SRA Bandar Kinrara 5 ini untuk memilih dan menentukan nama-nama para pelajar yang layak, dari situ dapat dikenal pasti seramai 53 orang dari tahun 1 sehingga tahun 6 untuk kami bantu menyerahkan sumbangan ini.

“Ini adalah usaha dan komitmen dari pengusaha stesen shell C06 dan ianya bukan tertumpu pada bulan Ramadan sahaja malah sepanjang tahun dan mendapat sokongan penuh dari pihak HQ” katanya.

Tambahnya, program ini bertujuan bagi berkongsi rasa gembira dan teruja kepada para pelajar dari kalangan yang memerlukan dalam menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Turut hadir dalam program ini, Pengurus Shell C06, Haniff bin Tajul Urus serta para pengusaha stesen Shell terlibat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: