Terkini

Kamarulzaman dilantik Datuk Bandar KL baharu

KUALA LUMPUR- Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 17 April ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang bersara pada 31 Mac lepas selaras dengan subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190).

“Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki, beliau mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus serta fungsi Pihak Berkuasa Tempatan yang dilaksanakan oleh DBKL agar terus memberi faedah kepada rakyat dan kerajaan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Kamarulzaman, 59, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) dari Universiti Teknologi Malaysia, mula berkhidmat dengan DBKL pada 1991 dan berpengalaman selama 32 tahun dalam pengurusan bandar raya serta dasar-dasar perancangan Bandaraya Kuala Lumpur.

Mohd Zuki turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mahadi.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: