Hiburan

Andmesh tampil dalam konsert sulung di Kuala Lumpur 4 Jun nanti

Kuala Lumpur – Penyanyi dan juga penggubah lagu popular di Indonesia serta Malaysia, Andmesh Kamaleng akui sangat teruja  menanti konsert pertamanya di Malaysia anjuran syarikat penganjur acara yang semakin popular, Kharisma Music. 

Andmesh atau nama sebenarnya, Jeandmesh Antonio Kamaleng, 25 berkata, ini adalah impiannya sejak kecil untuk berkunjung ke Kuala Lumpur.

Menjadikan mendiang bapanya sebagai sumber inspirasi dan pendorong terbesar dalam hidupnya, beliau memberitahu ketika kecil, saya sering mengikuti ayah membuat persembahan di pentas dan minat dalam bidang muzik lahir secara semula jadi dan memberanikan diri menyertai program pencarian bakat di Indonesia iaitu Rising Star Indonesia musim kedua pada 2016.

Bertanya mengenai konsert yang bakal berlangsung pada 4 Jun 2023 di Plenary Hall, KLCC, Andmesh menyatakan dia bakal membawa lebih dari 15 buah lagu.

“Saya akan membawa 15 hingga 16 buah lagu ini termasuk beberapa lagu yang saya ciptakan untuk penyanyi pernah viral sebelum ini. Jika ada mahukan saya menyanyikan lagu dari penyanyi Malaysia,  mungkin saya perlukan izin bukan? Idea yang bagus, nanti saya cuba fikirkan”- katanya.

“Saya akan membawa 15 hingga 16 buah lagu ini termasuk beberapa lagu yang saya ciptakan untuk penyanyi pernah viral sebelum ini. Jika ada mahukan saya menyanyikan lagu dari penyanyi Malaysia,  mungkin saya perlukan izin bukan? Idea yang bagus, nanti saya cuba fikirkan”- katanya.

Katanya, ia adalah konsert pertamanya di Malaysia dan menjadi sebahagian impiannya.

“Tidak sabar hendak menghiburkan peminat di Malaysia pada Jun ini dalam konsert istimewa bertemakan cinta.

“Sesungguhnya ini adalah impian saya sejak dahulu lagi untuk menghiburkan peminat di Malaysia. Saya sudah mempersiapkan pasukan yang rapi agar semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Lagu ‘Cinta Luar Biasa’ yang diambil dari album pertamanya dengan judul yang sama berjaya melonjakkan lagi namannya sehingga dikenali ramai di rantau Asia Tenggara, bukan itu sahaja lagu tersebut mendapat perhatian global apabila turut dinyanyikan semula dalam pelbagai bahasa, antaranya Inggeris dan juga Korea.

Seperti yang dikongsikan oleh pihak penganjur, harga tiket bermula RM 288 dan paling mahal berharga RM1,288 di laman  andmesh.ubertickets.asia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: