Kuala Lumpur – Coway memperkenalkan identiti jenama yang diperbaharui selaras dengan ulang tahunnya ke-17 sekali gus menandakan komitmen berterusan Coway untuk meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang telus.
Coway dalam satu kenyataan berkata, Coway telah mengembangkan penawaran produknya dari penulen air serta penulen udara kepada pengalaman peralatan rumah yang lebih holistik untuk orang ramai di Malaysia.
Kempen ubah suai jenama itu bertepatan dengan ulang tahun ke-17 Coway dan mencerminkan dedikasi berterusan syarikat untuk meningkatkan kehidupan orang ramai melalui barangan inovatif dan perkhidmatan.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi, berkata 2023 adalah tahun yang hebat bagi Coway dalam peningkaan kualiti dan kepuasan pelanggan.
“Untuk memperingati tahun ke-17 perkhidmatan kami kepada pasaran Malaysia, kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada banyak peristiwa yang mengubah hidup dalam isi rumah Malaysia melalui barangan dan perkhidmatan.
“Coway percaya untuk mengekalkan relevan jenama dan sebagai pendorong utama untuk membawakan gaya hidup yang lebih sihat, Coway komited untuk menjadi ‘Innovator and caregiver’ yang mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik pada setiap saat setiap hari,” jelas kenyataan itu.
Pelbagai produk Coway seperti penulen air CORE PLUS, Kerusi Urut Coway, Penyaman Udara Coway dan penulen udara NOBLE telah dipamerkan semasa acara Brand Renewal yang diadakan di The Space, Menara Ken TTDI.
Mengulas lanjut, Choi berkata rupa baharu Coway dapat diperkenalkan kepada orang ramai dan perniagaan seperti penyaman udara Coway dan kerusi urut Coway yang terkini dapat diperluaskan.

“Coway akan terus mencipta kehidupan yang lebih selamat untuk rakyat Malaysia serta mereka dapat merasai pengalaman peralatan rumah yang holistik sebagai syarikat ‘Best Life Solution’.
“Kualiti adalah perkara pertama dalam penghasilan produk supaya dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.
“Cita-cita kami adalah untuk memberikan meningkatkan kualiti dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia,” katanya.
Coway akan menggalakkan dan mendorong rakyat Malaysia untuk terus aktif dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan acara tahunannya Coway Run yang akan berlangsung pada September 2023.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Coway, Ryan Jung berkata ketetapan piawaian kualiti juga ditetapkan bagi setiap produk demi menghasilkan produk yang bermutu tinggi.
“Di Malaysia, Coway juga memiliki pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), supaya dapat menambah baik produk serta pengeluaran produk pada masa hadapan lebih baik daripada sekarang,” katanya.
Duta jenama tempatan Coway Malaysia, Mira Filzah memeriahkan acara tersebut dengan kehadirannya di mana beliau berkongsi maksud “Change” dan bagaimana Coway telah mengubah hidupnya.