Hiburan

Filem Syaitan Munafik ‘lahir semula’ selepas 15 tahun

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan United Nine Creative, Datuk Mohd Rosdi Shair, yakin penambahbaikan yang dilakukan untuk sebuah filem lama berjudul Syaitan Munafik, mampu memberi daya tarikan buat penonton masa kini.

Menurutnya, beliau berpuas hati kerja ‘reconstruct’ filem ini dibuat sangat baik dengan tambahan babak baharu, tetapi tetap mengekalkan jalan cerita yang ada. Katanya, karya berusia 15 tahun tersebut telah digilap semula bagi memenuhi selera penonton sekarang sekali gus menambah baik karya yang telah rosak disebabkan perubahan era.

“Kita tiada niat peram filem berbelas tahun, tiada guna pun berbuat begitu.

“Filem ini telah memulakan penggambaran pada tahun 2008 dan tidak dapat ditayangkan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, Alhamdulillah tahun ini rezeki dapat ditayangkan selepas beberapa proses penambah baikan beberapa scene.

“Penggambaran dilakukan pada waktu itu masih menggunakan kaedah semi digital dimana kamera ‘tape’, jadi banyak scene yang telah rosak pada masa sekarang, apabila kini telah bertukar kepada era digital penuh, maka kami perlu lakukan reconsruction” katanya.

Beliau ditemui pada majlis rumah terbuka dan pelancaran teaser Filem Syaitan Munafik di hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Turut ditampilkan persembahan ‘tribute song filem’ dari penyanyi baru Adia. 

Di majliis tersebut diadakan Penyerahan memorandum persefahaman kerjasama dari UNC kepada Pengerusi P3K, Dr Noor Haliza Yussoff bagi mencari Dana untuk mereka yang memerlukan khususnya dalam penjagaan kesihatan.

Pelancaran Teaser Filem Syaitan Munafik dilancarkan oleh  Ketua Pegawai Eksekutif  Finas, YB.rs Prof Dr. MD Nasir B. Ibrahim.

Karya asal Syaitan Munafik menampilkan beberapa selebriti yang telah tiada seperti Allahyarham Ashraf, S. Samsudin, Latif Borgiba dan Mamak Maidin.

Menurut pengarah, Majid Saleh filem ini mampu mengubat kerinduan peminat kepada selebriti yang terlebih dahulu meninggalkan kita.

“Bukan saya mengajak kita mengeksploitasi filem ini, tetapi ambillah peluang melihat lakonan filem terakhir arwah dan ini bukti karya yang dapat dihadiahkan kepada peminat” katanya.

Jelasnya lagi, filem ini pada asalnya diberi judul E- Hantu namun setelah menjalani beberapa penambahan scene baru dan sesuai pada masa kini, maka ianya diganti dengan tajuk Syaitan Munafik.

Antara pelakon baru yang bakal ditampilkan adalah Bandi Amuk, Wom UG14, Reedzwan, ERIN CTJ, Affie Rania, Adia dan Siti Khadijah, Dian P Ramlee, Airis Yasmin, S Samsudin, Chik, Nabil Ahmad, Yank Kassim, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Filem genre seram dengan modal RM1.7 juta ini dibuat sejak 2008. Ia turut menampilkan dua pelakon Indonesia iaitu Dea Lestari dan Tessa Mariska.

Filem ini bersedia untuk masuk ke 70 buah panggung di seluruh negara dan bakal memecah panggung di Singapura, Indonesia dan Brunei.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: