Terkini

Gardenia Breakthru dorong pemakanan sihat di kalangan pelajar sekolah

Kuala Lumpur – Syarikat pengeluar produk roti, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd melaksanakan Program Kecemerlangan Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang Bersama Gardenia Breakthru bertujuan memberi kesedaran kepada pihak sekolah tentang kepentingan gaya hidup sihat.

Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Ena Suhaila Abas berkata, program itu bertujuan mendidik para pelajar pentingnya mengamalkan makanan sihat dan lebih berkhasiat sekali gus membantu pembelajaran yang lebih fokus.

Majlis pelancaran program itu diadakan di Victoria Institution, dan disaksikan oleh Dr. Zalina Binti Mohd Tahir, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan Dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama warga Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Derrick Khoo dan para pelajar sekolah.

Jelasnya,  pentingnya untuk kita terapkan budaya pemakanan sihat dari usia muda agar ia menjadi satu tabiat yang perlahan-lahan akan bertukar menjadi gaya hidup apabila dewasa.

“Gardenia sentiasa menggalakkan terutama pelajar sekolah untuk tahu cara penjagaan kesihatan melalui pemilihan pemakanan yang betul dan tepat.

“Pemakanan yang tepat dat menyumbang kepada kesihatan tubuh yang baik sekali gus membantu tumpuan pada pembelajaran” katanya.

Hashtag untuk kempen ini, #MengatasiSetiapHalangan, secara tidak langsung mengajar mereka untuk membuat pilihan pemakanan yang lebih tepat dan pada masa yang sama, memupuk minda yang berdaya tahan. Semua sifat ini mendorong pelajar untuk lebih berdisiplin dalam mengatasi setiap halangan dalam kehidupan.

Program ini melibatkan 69,000 orang pelajar dari 55 buah sekolah menengah terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia merangkumi peserta berumur di antara 13 hingga 17 tahun. Program ini dimulakan dengan  8CTIVETM School Tour untuk berkongsi kepentingan amalan gaya hidup sihat. 8CTIVETM School Tour ini merangkumi sesi perkongsian tentang amalan pemakanan dan gaya hidup sihat selain permainan interaktif yang menarik bersama para pelajar. Poster dan papan tanda tentang pemakanan sihat juga dipamerkan di kantin dan sekitar pekarangan sekolah sebagai peringatan berterusan tentang perkara ini.

Para pelajar juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan media sosial program ini. Bertemakan hashtag #MengatasiSetiapHalangan dan #BreakThroughAllBarriers, pelajar hanya perlu memuat naik video atau gambar rutin harian mereka menjalani gaya hidup sihat. Jumlah penyertaan terkumpul dengan catatan tertinggi dari sekolah yang sama akan memenangi jersi eksklusif Gardenia Breakthru yang akan diberikan kepada setiap orang pelajar dari sekolah tersebut.

Kemuncak Program Kecemerlangan “Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang” Bersama Gardenia Breakthru ini ialah peraduan video pendek bertemakan  “Kisah Kejayaan Mengatasi Setiap Halangan”.

Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar dikehendaki menghantar video pendek berdurasi di antara 3 hingga 5 minit, sunting video tersebut berlandaskan keaslian dan kreativiti masing-masing lalu menghantar video tersebut melalui e-mel kepada pihak penganjur.

Tiga daripada video terbaik layak memenangi hadiah menarik daripada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Juara peraduan video pendek “Kisah Kejayaan Mengatasi Setiap Halangan” akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM3,000.00, trofi dan sijil penyertaan untuk setiap ahli pasukan; diikuti dengan hadiah wang tunai bernilai RM2,000.00, trofi, dan sijil penghargaan bagi pemenang tempat kedua; dan pemenang tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00, trofi, dan sijil penyertaan. Selain itu, hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00, trofi, dan sijil penyertaan menanti pelajar untuk Video Paling Kreatif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: