Kuala Lumpur – Pasti ramai yang tercari-cari peranti sesuai untuk peminat game namun menawarkan haraga dibawah RM1000. Nak tahu apakah telefon pintar yang boleh dipilih.
Dua peranti Infinix Note 30 dan Note 30 Pro dilancarkan secara rasmi hari ini. Keduanya adalah peranti kelas pertengahan dengan penawaran pada harga yang lebih mampu milik. Infinix hari ini melancarkan dua peranti baharu di bawah siri Note untuk pasaran Malaysia. Ianya terdiri dengan Infinix Note 30 yang dijual pada RM699, sementara itu Infinix Note 30 Pro pula boleh didapati pada RM899.

Infinix Note 30 Pro merupakan model terbaik didalam NOTE 30 Series walaupun ianya hanya menawarkan sokongan LTE dengan penggunaan cip Helio G99 chipset. Infinix NOTE 30 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz, 8GB RAM + Extended RAM sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Peranti ini juga mempunyai kamera utama 108MP + 2MP (kedalaman) + lensa AI, di samping turut memuatkan kamera swafoto 32MP di hadapan. Pembesar suara pula sejenis stereo dengan sistem audio JBL dan juga bicu audio 3.5mm disertakan.

Bagi Infinix Note 30 menggunakan skrin lebih besar 6.78-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Cip MediaTek Helio G99 turut digunakan sebagai tunjang utama dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Perbezaan turut boleh dilihat menerusi sistem kamera utama yang memuatkan 64MP (utama) + 2MP (kedalaman) + lensa AI dan kamera swafoto 16MP. Kapasiti bateri dikekalkan pada 5,000mAh namun pengecasan sekadar 45W tanpa kebolehan mengecas secara nirwayar. Peranti juga menyokong pembesar suara stereo dengan audio JBL dan bicu audio 3.5mm disertakan.


Bagi yang berminat, boleh milikinya bermula 25 Mei 2023 menerusi pengedar sah rasmi Infinix seluruh Malaysia di Tiktikshop, Lazada dan Shopee.