Kuala Lumpur β Bagi meraikan peminat sukan, Al-Ikhsan Sports dibawah Kumpulan Al-Ikhsan menawarkan Jualan Harga Borong bagi pelbagai jenama sukan seperti AL, Adidas, Puma, Skechers, New balance, Teva, Asics dan banyak lagi.

Festival jualan gudang ini berlangsung di Arena Sport Kuala Lumpur, Setapak bermula 25 Mei sehingga 5 Jun 2023 dan menawarkan lebih 50,000 barangan pada harga dibawah RM99.
Bagi peminat barangan sukan, boleh datang membeli -belah dari jam 10 pagi hingga 10 malam.


Menariknya, kesemua barangan yang dijual adalah dengan tawaran menarik potongan sehingga 80 peratus. Pengunjung berpeluang memiliki pelbagai kasut larian reka bentuk terkini serendah RM49 sahaja.


Al Ikhsan memahami setiap peminat sukan yang sentiasa inginkan koleksi kasut terbaik, jadi tawaran jualan harga borong ini untuk memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan kasut yang disukai.

Turut hadir selebriti, Datuk Fizz Fairuz merasmikan Jualan Harga Gudang ini.