Terkini

3 Usahawan tempatan intai peluang eksport produk ke peringkat global

Petaling Jaya – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia berkat usaha dan doa.

Begitulah resmi 3 usahawan muda yang berjaya dinobatkan sebagai pemenang dalam Say Aspire edisi keempat yang berorientasikan eksport bagi industri mikro, kecil dan sederhana (IMKS).

Global Haltech Sdn Bhd yang memenangi tempat pertama dengan produk kit ujian halal menyasarkan peluang pemasaran ke empat buah negara antaranya Indonesia, Jepun, United Kingdom dan Australia. Pemantauan pro­duk halal di lapangan boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan menggunakan kit ujian pan­­tas (RTK) yang mengesan bahan sumber haram daripada babi dalam produk siap dalam jangka masa 30 minit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Hasniza Ramli, ketepatan pengesanan sumber protein babi dalam makanan atau barangan lain mencapai ketelusan 99% dan diyakini tepat. Perkara itu adalah dari hasil penyelidikan dan beberapa ujian sebelum dipasarkan.

“Rapid test kit kami mengenal pasti unsur protein dari babi dan bukanlah DNA, jika ujian DNA perlulah ke makmal untuk proses berlainan. Namun, kehadiran protein sudah cukup menunjukkan ada sumber babi didalam produk yang diuji.

“Produk ini sesuai digunakan oleh pelbagai pihak atau agensi termasuk pemain industri yang terlibat dalam mengenal pasti sesuatu produk yang diimport itu halal ataupun tidak” jelasnya.

Kit inovasi berteknologi tinggi terawal dibangunkan di Malaysia malah di peringkat dunia itu membolehkan produk siap dapat diuji di lapangan atau di kilang pemprosesan tanpa memerlukan peralatan berteknologi tinggi dan kos yang besar.

Bagi pemenang tempat kedua yang mengetengahkan produk kudapan seperti biskut dan snek ringan, jenama Chemilan dilihat satu nama yang mudah diingat. Diambil dari bahasa jawa, Chemilan bermaksud kudapan sangat sesuai bagi rakyat Malaysia yang gemar menjamah snek pada bila-bila masa.

Produk yang lahir pada Januari 2020 iaitu dua bulan sebelum negara mengalami pandemik Covid-19, tidak mematahkan semangat pengasasnya, Nasyrah Zainuddin untuk terus mengembangkan rangkaian produknya sehingga kini.

“Alhamdulillah, selepas dinobat sebagai naib juara dan ini juga adalah masa yang tepat bagi saya membawa Chemilan ke luar negara.

“Tiga negara yang menjadi impian untuk eksport adalah China, Arab Saudi dan United Kingdom, saya nampak ini juga satu peluang baik dimana industri makanan ringan akan meningkat kepada 8 bilion menjelang 2029” katanya kepada Malaysianews TV.

Seterusnya, produk kiub masakan Delish dari H&S Delight (M) Sdn Bhd yang baru sahaja di pasaran diangkat menjadi pemenang tempat ketiga.

Pengarah Urusan, Syazwan Izzat tidak dapat menahan sebak ketika dinobatkan sebagai pemenang dan menganggap ianya sebagai batu loncatan untuk membawa Delish ke pringkat global.

Delish mempunyai 9 jenis pes kiub masakan antaranya, asam pedas, kari Malaysia, masam manis, tikka masala, oden, gulai padang, soto dan bakso, tom yam putih dan masak paprik. Sesuai bagi memudahkan masakan dan fleksibel bagi sesiapa yang melancong ke luar negara dan ketika aktiviti perkhemahan.

“Bagi negara pilihan eksport, kami menyasarkan untuk menembusi pasaran Brunei dan Singapura. InsyaAllah bagi tahun 2024 atau 2025, produk kami akan menjangkau pengeksportan ke United Kingdom dan Jepun” tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: