SEGDG

Petaling Jaya – Jenama rangkaian teh antarabangsa, Chagee, kini diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk lima cawangannya.

Manakala 30 lagi dalam perancangan untuk mendapat pensijilan halal menjelang akhir tahun.

Chagee terkenal dengan minuman teh yang segar dan mendapat tempat di hati para pembeli untuk merasai kesegaran.

Antara pilihan minuman yang paling popular digemari oleh orang ramai adalah, Jasmine Perfume Lemon Tea, Da Hong Perfume Lemon Tea dan Camellia Oolong Perfume Lemon Tea.

Menurut Timbalan Pengurus Am Chagee, Ng Jia Jun, Dengan lebih daripada 2,400 outlet di seluruh dunia, Chagee terus menyatukan peminat teh di seluruh dunia di mana mereka berkongsi hasrat untuk memberikan pengalaman teh yang luar biasa.

‘’Kami berjanji untuk menyampaikan tidak hanya cita rasa luar biasa, tetapi juga ketenangan hati kepada semua teman-teman penggemar teh yang memilih untuk menjadikan CHAGEE sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian mereka.

‘’ Itulah sebabnya sijil Halal ini memberi kami dorongan bukan sahaja untuk memperluaskan kehadiran kami di Malaysia tetapi juga untuk berterusan memperkenalkan inovasi dalam tawaran untuk memenuhi keperluan komuniti yang pelbagai di sini.’’ Jelasnya.


Kini Chagee sudah memasuki pasaran Malaysia, Thailand, Singapura, dan negara-negara lain.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading