Petaling Jaya – O’Briens Irish Sandwich Cafe, nama yang terkenal dalam industri makanan Malaysia teruja meraikan satu acara julung kali yang berlangsung dengan meriah.
Acara Wiyona Yeung Meet & Greet yang membawakan selebriti antarabangsa telah berjaya dihoskan di O’Briens 1 Utama, Damansara Utama bagi bertemu peminat dan para media.

Acara kerjasama antara O’Briens dan Mc Millan Woods ini adalah bagi meraikan tokoh terkenal sambil mempromosikan pilihan makanan yang sihat dan lazat.
O’Briens berbangga menjadi hos kepada pelakon Hong Kong, Wiyona Yeung, untuk pertemuan dan salam peminat istimewadisamping mewujudkan hubungan baik antara beliau dan peminatnya di Malaysia.
Bintang mempesonakan dari dunia hiburan Hong Kong itu dibawa dengan dedikasi O’Briens terhadap inovasi dan kerjasama antara jenama dan selebriti tersebut.

“Kami sangat gembira untuk menyokong Wiyona Yeung datang ke Malaysia. Kami juga mengalu-alukan mana-mana selebriti sama ada tempatan atau luar negara untuk bekerjasama dengan kami dalam mempromosikan makanan dan gaya hidup yang sihat.
“Harapan kami adalah untuk menyampaikan mesej positif, menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan menu yang enak dan berkhasiat,” kata Encik Brian Pua, pengasas O’Briens Malaysia.

O’Briens Malaysia juga turut mempromosikan kopi RM1 setiap hari isnin sepanjang bulan Oktober bagi mempromosi Bulan Kopi Antarabangsa. Orang ramai boleh membeli kopi ini di seluruh cawangan O’Briens yang menyertai kempen ini.
