Kuala Lumpur – Sejak Khamis, media melaporkan seorang selebriti popular bersatus suami orang sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita yang dikatakan ahli perniagaan. Katanya, wanita berkenaan memiliki perusahaan permotoran selain berasal dari keluarga yang berada.
Puteri Sarah, 38, akui baru sahaja mengetahui berita mengenai bekas suaminya yang kini sedang hangat diperkatakan berskandal dengan seseorang walaupun telah bernikah dengan Ira Kazar.
Beliau yang ditemui selepas pementasan teater di Istana Budaya semalam berkata bekas suaminya tiada kena mengena dengan kehidupan peribadi dan hanya berhubung dengan Syamsul mengenai anak-anak sahaja.
“Saya sibuk dengan kerja saya dna terus terang saya pun tak tahu. Saya pun terkejut juga mendengar. Saya pun tak nak komen lebih-lebih sebab bagi saya itu hal peribadi dia.
“Mengenai hal yang disebut, kia tiada kena mengena dengan saya. Apa yang ada kena mengena dengan saya adalah hal anak-anak. Itu sahaja!,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sarah memberitahu dirinya mengetahui khabar tersebut daripada netizen.
Malah, kata Sarah, dia tidak mengenali wanita yang dipercayai rapat dengan pengarah tersebut.
“Saya pun baru tahu hari ini sebab sibuk dengan latihan dan sudah beberapa hari saya tak muat naik apa-apa di media sosial sebab fokus dengan latihan.
“Jadi hari ini saya tengok dekat akaun Instagram, banjir dengan komen. Saya pun terkejut juga tak tahu sahih ke tidak. Bukan hal kita jadi kita tak mahu masuk dan ambil tahu.
“Yang penting hubungan dia mengenai anak-anak berjalan seperti biasa. Yang lain semua saya tak nak tahu,”katanya.
Puteri Sarah membintangi watak Ratu Sukma dalam teater Pak Pandir bersama Labu Labu Ajaib yang berlangsung Istana Budaya sehingga 15 Oktober ini.
