Tak lengkap Samsung Galaxy S23 FE tanpa buds bersaiz comel untuk digayakan.
Kami bawakan kepada anda Samsung Galaxy Buds FE yang didatangkan bersama cover edisi Minion Bob yang bakal buat anda rasa geram dan tak sabar nak pakai.
Samsung Galaxy FE Series pada tahun ini juga menampilkan fon telinga Samsung Galaxy Buds FE yang dilancarkan sebagai model earbuds termurah keluaran syarikat ini iaitu pada harga RM 399 sahaja.

Galaxy Buds FE tampil dengan ciri active noise cancelation (ANC), Bluetooth 5.2 bersama ciri auto switching dan sehingga 30 jam waktu penggunaan dengan bekas pengecasan ( sehingga 21 jam dengan ciri ANC).
Selain itu, earbuds Galaxy Buds FE ini juga menawarkan tiga sistem mikrofon, bersama-sama dengan Rangkaian Neutral Dalam (DNN) berkuasa AI, memisahkan suara anda daripada bunyi latar belakang yang tidak diingini untuk panggilan yang lebih jelas.
Galaxy Buds FE ini memiliki bateri 60mAh pada setiap earbuds yang memberikan sehingga 8 jam pendengaran atau 6 jam dengan mod ANC manakala bekas pengecasan memiliki bateri 479mAh yang memberikan 30 jam waktu pendengaran atau 21 jam dengan mod ANC.

Rekaan Ergonomik
Dari segi rekaan ia kini mempunyai sisi rata berbeza dengan siri Buds Pro dan Buds2 sebelum ini. Rekanan pod pengecas merangkap tempat simpanan sahaja masih sama dengan terdapat port pengecasan USB-C.
Galaxy Buds FE juga mempunyai rekaan yang sama seperti kebanyakkan earbuds Samsung dengan dua pilihan warna iaitu White dan Graphite seperti unit ulasan kami.
Tidak kira warna apa yang anda beli, bekas pengecasan Galaxy Buds FE ini akan sentiasa tampil didalam kemasan berwarna putih pada bahagian luar dan mengikut warna pilihan anda pada bahagian dalam.

Bekas pengecasan ini tampil didalam saiz yang amat sesuai untuk dibawa ke mana-mana dan anda tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk menyimpanya didalam poket seluar anda.

Selain itu, earbuds Galaxy Buds FE ini mempunyai berat sekitar 5.6gram yang tidak terlalu ringan namun ianya tidak akan memberikan sebarang pengalaman yang kurang selesa sepanjang pemakaian.
Spesifikasi Praktikal
Galaxy Buds FE tampil dengan ciri active noise cancelation (ANC), Bluetooth 5.2 bersama ciri auto switching dan sehingga 30 jam waktu penggunaan dengan bekas pengecasan ( sehingga 21 jam dengan ciri ANC).
Selain itu, earbuds Galaxy Buds FE ini juga menawarkan tiga sistem mikrofon, bersama-sama dengan Rangkaian Neutral Dalam (DNN) berkuasa AI, memisahkan suara anda daripada bunyi latar belakang yang tidak diingini untuk panggilan yang lebih jelas.


Galaxy Buds FE ini memiliki bateri 60mAh pada setiap earbuds yang memberikan sehingga 8 jam pendengaran atau 6 jam dengan mod ANC manakala bekas pengecasan memiliki bateri 479mAh yang memberikan 30 jam waktu pendengaran atau 21 jam dengan mod ANC.
Apabila digunakan bersama pembatalan hinggar aktif, ia hadir dengan bateri 6 jam, dan masa penggunaan sehingga 21 jam dengan bekas simpanan buds.
Kualiti Audio
Setiap orang memiliki pandangan tersendiri dalam menilai kualiti audio, tetapi Galaxy Buds FE, walaupun hanya memiliki satu driver, mampu memberikan kualiti audio yang solid yang akan membuat pendenagr berpuas hati ketika mendengar lagu atau menonton podcast.
Earbud ini memiliki volume yang cukup besar, profil suara yang bersih, dan bass yang cukup baik. Kualiti audio ditingkatkan ketika anda memilih pengaturan Equalizer Dinamis dalam aplikasi Galaxy Wearable.
Seterusnya, Galaxy Buds FE juga memiliki tiga mikrofon untuk panggilan suara yang jelas dan ianya juga mampu mendengar arahan suara anda untuk mengaktifkan Bixby.
Ciri ANC juga boleh diaktifkan melalui aplikasi Galaxy Wearable ( Earbuds Settings > Accessibility > Customize ambient sound).
Didatangkan khas dengan cover Minion Bob yang sangat comel.

Fungsi Noise Cancellation
Menariknya, Samsung telah mengekalkan ciri pembatalan bunyi hingar aktif (ANC) pada Galaxy Buds FE walaupun ianya adalah antara yang termurah. Anda boleh mengaktifkan ciri ANC melalui touch area pada earbuds dan terdapat dua mod iaitu ANC dan Ambient.
Dalam pada itu, ciri ANC yang ditawarkan pada Galaxy Buds FE adalah setaraf dengan ANC pada Samsung Buds yang lain dan Samsung juga mendakwa bahawa ciri ANC ini mampu menapis bunyi bising luar sehingga 98%.
Perisian dan Kawalan
Walaupun harganya pada kadar mampu milik, Galaxy Buds FE hadir dengan software yang sangat lengkap dan hebat.
Diantara fungsi utamanya, terdapat mod suara ambient sehingga anda dapat mendengarsuara external (termasuk suara anda saat sedang telefon) ketika earbud berada di telinga anda, layanan voice wake-up untuk Bixby, dan deteksi automatik ketika earbud dimasukkan ke telinga dan ketika dikeluarkan.

Galaxy Buds FE mempunyai gestur pada touchpad, dan ini sama dengan yang ada pada Galaxy Buds lain. Sepanjang audio dimainkan, dengan sekali sentuhan akan membawa ke audio seterusnya dan tiga kali sentuhan membawa pendengar ke audio sebelumnya.
Ketika menerima panggilan, anda hanya perlu mengetuk dua kali untuk menjawabnya atau menyentuh dan menahan untuk menolak atau mengakhiri panggilan yang sedang berlangsung.
Kesimpulan
Samsung Galaxy Buds FE adalah sebuah fon telinga TWS yang dilancarkan pada harga lebih berpatutan namun ianya masih mengekalkan ciri ANC seperti fon telinga flagship dan jangka hayat bateri luar biasa.


Samsung Galaxy Buds FE kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 399 dan setiap pembelian akan turut menerima Minion Eco-Friends Cover bernilai RM 169 secara percuma.
