2354750

Kuala Lumpur– Penerbit Astro Shaw mengumumkan akan menyalurkan RM1 dari setiap pembelian tiket filem ‘Gemencheh Boys’ ke Akaun Amanah Kemanusian Rakyat Palestin bermula  30 Oktober 2023. 

Penerbit Eksekutif Gemencheh Boys merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Inisiatif sumbangan ini adalah tanda solidariti dan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. Kami berharap pelaksanaan usaha ini dapat mempamerkan kebersamaan seluruh masyarakat terhadap perjuangan Palestin. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan di bumi Gaza.”  

‘Gemencheh Boys’ terbitan Astro Shaw bersama GV Corporate Advisory dan SOL Pictures telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 26 Oktober lalu.

‘Gemencheh Boys’ adalah sebuah kisah enam budak ‘jahanam’ sewaktu zaman persekolahan. Kenakalan mereka sering diperkatakan bukan sahaja di sekolah tetapi  di kalangan penduduk kampung. Demi menjadikan mereka manusia berguna, Cikgu Azman berusaha membimbing dan mendorong mereka menyertai pasukan kriket sekolah, sekaligus mengubah kehidupan mereka. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading