46665144-406f-472a-a1bd-63b7cabbdc15

Kuala Lumpur – YC Bersatu Biotech Sdn Bhd (YC Bersatu) adalah syarikat pertama di negara ini yang menggunakan bioteknologi  penapaian secara semula jadi bagi menghasilkan pengeluaran kicap dan sos yang lebih sihat serta lebih protein berbanding produk  biasa yang dihasilkan secara kimia.

Syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang ini  mengeluarkan kicap dan sos jenama Machi iaitu Kicap Pekat Hebat Campuran, Kicap Cair Premium Soya Pertama, Kicap Cair Stim Ikan Sifu dan Sos Cili Padi Sabah.

Pengarah Urusannya, Kelvin Han Wei Jian berkata, produk keluaran syarikatnya sudah  pun berjaya menguasai pasaran makanan di dalam negara dan dalam perancangan untuk eksport ke pasaran antarabangsa.

Katanya, untuk pasaran tempatan pengguna boleh mendapatkannya di pasar raya utama iaitu Giant, Aeon, Aeon Big, NSK Grocer, The Store, Hero Market Mydin, CS, Bataras dan Servay Hypermarket.

“YC Bersatu mahu menjadi penanda aras kepada pengeluaran produk yang berkualiti, tulen, bersih dan pada masa masih mengekalkan rasa tradisional.

“Paling membanggakan Machi sudah pun mendapat sijil pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Atas kapasiti itu kami sentiasa melakukan pemeriksaan yang ketat kepada semua produk keluaran syarikat,” katanya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menganugerahkan sijil MeSTI, sijil GMP dan sijil HACCP kepada YC Bersatu.

Dalam masa sama, YC Bersatu Biotech Sdn Bhd turut diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records dengan dua pencapaian yang meletakkan mereka sebagai pengeluar kicap pertama di Malaysia yang memperolehi status Biobased Accelerator (BBA) dan mencapai status Bionexus.

Program BBA membantu dalam perniagaan berasaskan bio, perniagaan mikro, dan syarikat-syarikat besar dalam menyebarkan sains, teknologi serta pelaburan strategik ke dalam operasi perniagaan mereka.

Status Bionexus pula adalah status khas yang diberikan kepada syarikat yang berkelayakan dalam menjalankan aktiviti bioteknologi.

“Dengan memilih product YC Bersatu Biotech, pengguna tidak hanya menerima tambahan rasa yang lazat kepada hidangan mereka, tetapi menyokong sebuah syarikat yang berdedikasi kepada prinsip kelestarian dan kemajuan teknologi.

Syarikat  sanggup membuat pelaburan tinggi dalam teknologi penapaian  untuk mendapatkan kualiti yang terbaik dan komited dengan slogan kami iaitu  “1 Sos Dah Cukup Sedap”.” jelasnynya lagi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading