berjaya_4913967_20250122161403

Kuala Lumpur – Kumpulan Hospitaliti BERJAYA Anugerah Emas pada Anugerah Jenama Putra Aria tahun ini, di bawah kategori Pengangkutan, Perjalanan & Pelancongan.

Penghargaan itu dinilai melalui rekod prestasi kumpulan yang mengagumkan dimana sebelum ini pernah merangkul Anugerah Gangsa pada Anugerah Jenama Putra 2021, Anugerah Perak pada Anugerah Jenama Putra Aria 2022 dan satu lagi Perak pada Anugerah Jenama Putra Aria 2023.

Dengan Anugerah Emas pada 2024, BERJAYA meraikan pengiktirafan keempat berturut-turut pilihan orang ramai.

“Anugerah ini merupakan satu pencapaian penting yang wajar diraikan dan kami amat berterima kasih atas pengiktirafan tersebut. Terima kasih kepada semua yang mengundi Berjaya Hospitality Group sebagai salah satu nama yang paling dipercayai dalam perjalanan dan hospitaliti.

“Kami juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada semua tetamu kerana memilih Berjaya Hospitality Group sebagai jenama pilihan mereka untuk pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan,” kata pengurus besar Berjaya Hospitality Group, Pravir Mishra.

Kumpulan itu telah mencapai pertumbuhan luar biasa sejak pembukaannya pada 1985, mengendalikan lebih 34 hotel dan resort di 21 destinasi lapan negara.

Terbaru, syarikat itu telah mengubah kedudukannya daripada Berjaya Hotels & Resorts, dengan beberapa rancangan pembangunan untuk meneruskan kehadirannya di destinasi percutian utama di seluruh dunia.

Bagi Anugerah Jenama Putra Aria, anugerah itu telah dijayakan pada 2022 oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia untuk menyerlahkan usaha penjenamaan merentas semua segmen.

Anugerah itu juga merupakan salah satu daripada dua pengiktirafan yang disahkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia sebagai rakan juara jenamanya dan turut disokong oleh Persatuan Pengiklan Malaysia, Persatuan Pakar Media dan Persatuan Digital Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading