d1eb3a59-36d1-4bb5-9f23-2a67f50e943a

Kuala Lumpur – Jenama AMBER mula mencuri perhatian para pemerhati fesyen sejak pengenalan rekaan pertama yang menampilkan tema Flower Power, kini meneruskan empayar dengan pembukaan butik baharunya di Hotel Shangri La disini.

Pengasas, Datuk Adzliana Profesor Dato’ Sri Dr Hasan berkata, pembukaan butik ini melambangkan kesungguhan dan komitednya dalam membawa jenama tempatan sebaris dengan jenama-jenama lain.

“Kami sudah ada butik sebelum ini di Wangsa Walk dan yang kedua ini di hotel Shangri La merupakan butik flagship, fokus fesyen yang diketengahkan adalah kasual dan turut merangkumi pelbagai segmen antaranya AMBER Beauty dan AMBER Home.

“Pembukaan di hotel ini bukanlah bermaksud untuk golongan T20 malah sesiapa sahaja boleh datang kesini kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu milik, bezanya disini kami adakan ruang Bespoke, dimana para pelanggan boleh menempah pakaian mengikut cita rasa dan pilihan fabrik sendiri” katanya kepada Malaysianews TV.

Tambahnya lagi, AMBER turut menyasarkan peningkatan jualan sehingga 80% pada tahun ini dengan memperkenalkan rekaan terkini disamping mengumumkan enam selebriti terkenal sebagai wajah baharu jenama itu. Antara keenam-enam selebriti tersebut antaranya; Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah.

“Kehadiran mereka sebagai wajah rasmi Amber bukan hanya melibatkan kerjasama komersial, tetapi juga simbolik kepada aspirasi gaya hidup yang premium dan moden.

“Mereka juga akan turut terlibat ke program Bridge To Brilliant siri ke-3 di Universiti Oxfords pada Februari ini kerana kami berkerjasama dengan Saif Business School dan disana nanti pelbagai program antaranya sesi tanda tangan MoU, sesi ilmiah, townhall akan diadakan.

“Pihak fakulti dan universiti Oxfords berminat untuk bekerjasama dengan Usanita untuk menaik taraf (upskill) pelbagai pengetahuan yang akan menjadi pemudah cara kepada semua usahawan di Malaysia” jelasnya.

Adzliana turut menyeru rakyat Malaysia menyokong dan membawa jenama tempatan merentasi pasaran global sebaris jenama lain diluar sana.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading