IMG_20250126_133056_840

Kuala Lumpur – Budaya Sarapan di Malaysia kini mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bertekad untuk terus memartabatkan budaya sarapan serta makanan warisan negara melalui pelbagai program yang dianjurkan sepanjang tahun ini, demi memastikan ia terus dipromosikan dan dihargai.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot, berkata usaha ini amat penting, terutama setelah budaya sarapan Malaysia mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun lalu.

“Program-program yang kami jalankan akan mengintegrasikan elemen makanan tradisional bagi mempromosi makanan warisan dan memperkenalkannya kepada orang ramai ” katanya.

“Budaya sarapan tradisional Malaysia, terutamanya hidangan ikonik seperti nasi lemak, roti canai dan teh tarik, telah diiktiraf oleh UNESCO tahun lalu. Jadi kita mengalu-alukan program-program seperti yang dilakukan oleh UTM dan Jabatan Warisan Negara” tambahnya lagi pada sidang media Program Budaya Sarapan Malaysia: Sarapan Negeri Warisan Negara, yang dianjurkan oleh UTM (Universiti Teknologi Malaysia) Hotel and Residence bersama MOTAC dan Jabatan Warisan Negara (JWN) di sini.

Jelasnya lagi, melalui program ini, merupakan platform terbaik untuk menonjolkan keistimewaan budaya sarapan serta juadah warisan negara, terutamanya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ketua Pengarah JWN, Mohamad Muda Bahadin turut menambah, program seperti ini bakal menjadi acara sepanjang tahun dan turut diadakan pada Hari Kraf Kebangsaan dan Pesta Angin Timur yang bakal berlangsung di Perlis.

“Untuk meneruskan program ini, kami juga akan berkolabrasi bersama semua Institut Pengajian Awam Malaysia (IPTA) bagi membantu mempromosi makanan warisan disamping sesi ilmiah untuk memperkasa budaya, makanan dan warisan negara kita.

“Bagi tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM5 juta untuk mempromosikan warisan negara terutamanya makanan dan pelbagai program telahpun disusun sepanjang tahun” ujarnya.

Tambahnya, Minggu Kebudayaan Malaysia bakal diadakan di luar negara antaranya, Abu Dhabi, Eropah, London dan banyak lagi bagi mempromosi Malaysia di peringkat global.

Beliau berharap agar lebih banyak pihak akan berganding bahu dalam mempromosikan makanan warisan negara, memastikan ia terus dikenali di kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa serta dipelihara daripada hilang ditelan masa.

Turut hadir, Naib Canselor UTM, Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading