Malaysianews TV sebelum ini pernah mengikuti rombongan bersama pengamal media ke Berjaya Langkawi Resort dan sekali lagi menerima jemputan dari pihak Berjaya ke The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi Pahang.
Pertama kali sampai di The Chateau, kami dapat menghirup udara yang segar dan nyaman. Sudah lama tidak dapat menikmati kesegaran udara dengan pemandangan hijau pokok-pokok lebih-lebih lagi di bandaraya Kuala Lumpur yang sesak saban hari.

The Chateau, Resort Spa Terbaik di Malaysia
Terletak berhampiran tanah tinggi , The Chateau Spa & Wellness Resort ini bertaraf 5 bintang dan berjarak 15 minit memandu dari Genting Highlands Theme Park manakala 1 jam dari Kuala Lumpur. Penginapan disini mempunyai pusat kecergasan, spa urutan, sauna, jakuzi dan bilik-bilik menghadap pemandangan hijau.
Sebelum tiba ke resort ini, sudah kelihatan dari kejauhan binaan megah berkonsepkan seni bina istana Perancis. Ini menjadikan pengalaman tinggal disini lebih unik. Dikelilingi kehijauan rimba, udara nyaman dan sesekali kabus meliputi kawasan pastinya membuatkan kita terlupa kesesakan kotaraya.


Sampai di ruang lobi, kami disambut mesra denga petugas resort dan dihidangkan minuman. Boleh dikatakan layanan mesra kepada pengunjung membuatkan kami terasa begitu dihargai dan selesa untuk menginap disini.
Percutian ‘Ala Perancis’
Selain menginap di Colmar Tropicale, anda boleh memilih untuk menginap di The Chateau Spa & Wellness Resort yang begitu mewah.
Pernah bermimpi dilayan seperti keluarga diraja, berjalan melalui istana yang sepenuhnya milik anda?

Nah, di The Chateau, anda boleh menikmati pengalaman itu . Berjalan di sekitar resort mewah, yang diinspirasikan dari reka bentuk istana warisan Perancis dilengkapi dengan menara dinding bergerigi, bata merah jambu, gerbang batu dan tangga berliku. Pastinya menggamit kenangan percutian anda.


Terdapat juga Glasshouse yang baru dibina, dinamakan La Serre (rumah hijau dalam bahasa Perancis) yang merupakan lambang kisah dongeng untuk majlis bahagia anda. Kemasan dinding dan atap kaca benar-benar membuatkan anda seperti seorang puteri atau putera raja.
Pilihan Makanan Organik
The Chateau ialah destinasi resort spa organik pertama yang memperkenalkan percutian ke arah kesihatan dan ketenangan. Banyak makanan organik yang menggunakan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dari ladang Greenhouse.
Kami dijamu dengan makanan barat ala Perancis di La Vie, yang terletak di sebelah kolam renang. Menu ini adalah pilihan menu antarabangsa yang dipilih dan disusun khas oleh Cef Zairul yang sememangnya pakar memasak makanan Perancis.

Antara menu pembuka selera adalah sup cendawan bersama roti puff yang cukup enak. Kami kelaskan sup cendawan yang dihidangkan paling terbaik yang pernah kami cuba. Seterusnya, daging stek pipi lembu dengan tomato netherlands dan kuah lada hitam yang cukup mengasyikkan. Cukup rasa dan lengkap sentuhan air tangan dari cef yang berpengalaman hamipr 20 tahun.

Minum petang kami disaji di Belle Vue Tea Room. Kami menikmati teh halia dan hidangan pencuci mulut sambil menghirup udara segar petang dan melayan angin pokok. Selain itu, mata kami juga turut dijamu dengan kecantikan bunga bugenvil yang mekar di balkoni.
La Sante Spa
Bagi anda yang sibuk bekerja, kami cadangkan bercuti disini sambil menikmati sesi rawatan spa yang paling indah di The Chateau’s La Sante Spa. Setibanya di ruang istirehat spa yang luas, kami diberi pengenalan ke semua yang pakej ditawarkan di spa. Antara rawatan yang terdapat disini adalah; urutan ala eropah, sauna, jakuzi, manicure, pedicure, urutan kaki, mandian herba dan banyak lagi.

Terdapat program dengan pakar untuk memberikan anda pengalaman rehat dan santai. Penulis juga berpeluang menikmati gabungan urutan Sweden dan Shiatsu selama 50 minit dan ia sangat membantu tubuh badan mendapatkan rehat yang cukup selepas penat bekerja.

Harga dan pakej yang ditawarkan sangatlah berbaloi dan berpatutan.
Perkampungan Jepun yang mendamaikan
Walaupun The Chateau ini berkonsepkan Perancis, di sini turut terdapat sebuah Japanase Village untuk anda merasai kehidupan orang Jepun.
Di taman ini anda berpeluang untuk menyewa kimono sambil berjalan-jalan di sekitarnya, dan jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan pakaian tradisi mereka.

Selain mengenakan pakaian tradisi Jepun, anda boleh menikmati urutan badan Kyukyoku di Tatami Spa yang begitu menenangkan.
Selain itu pengalaman menikmati teh di Japanase Tea House serta menjamu selera di Ryo Zan Tei Restaurant turut menarik untuk melengkapkan percutian ala Jepun anda!
Satu lagi tarikan di Japanase Garden adalah Botanical Garden iaitu sekitar 5 minit dari The Chateau.

Anda boleh ke sini menaiki kereta atau bas ulang-alik yang disediakan. Taman herba dengan luas 4 ekar ini mempunyai herba dan pokok-pokok cantik yang ditanam di sepanjang laluan penjalan kaki.
Bukan sahaja tumbuhan herba, pokok bunga hiasan seperti orkid turut menghiasi taman ini. Anda boleh bergambar di kawasan jambatan atau bangku yang disediakan.
Cabar Diri di di Adventure Park
Adventure Park mempunyai beberapa pilihan aktiviti lasak yang menyeronokkan untuk anda terokai bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.
Menariknya di sini, terdapat flying fox yang terpanjang di Asia Tenggara iaitu sepanjang 1 km dan setinggi 100 meter.

Anda boleh mencuba aktiviti yang lebih santai iaitu canopy walk dan rock climbing. Jika anda ke sini secara berkumpulan, aktiviti paintball warfare begitu sesuai untuk anda beraksi.
Selain aktiviti tersebut, Adventure Park turut menawarkan aktiviti ringan seperti target shooting dan memanah.

Belum ada idea lokasi percutian bersama keluarga? Pilih sahaja The Chateau untuk lokasi utama anda.
