eaab28c2-66df-4ea0-95a7-53dcf41479c8

Langkawi – Berjaya Langkawi Resort memperkenalkan pakej Fly Me Away: Rainforest Escape yang menawarkan tetamu percutian ke Pulau Langkawi dengan penerbangan carter persendirian yang merupakan sebahagian daripada pakej tersebut.

Pakej menarik ini menggabungkan penginapan selesa di resort dengan penerbangan sewa peribadi yang dikendalikan oleh Berjaya Air, memberikan tetamu resort keselesaan untuk terbang terus dari Terminal SkyPark Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Pakej ‘Fly Me Away: Rainforest Escape’ itu termasuklah penginapan selama tiga hari dua malam dengan penerbangan pergi balik.

Pakej tersebut menawarkan penginapan di resort berkenaan dengan penerbangan carter persendirian dikendalikan oleh Berjaya Air Sdn Bhd yang memakan masa perjalanan selama sejam.

Pengurus Besar (kumpulan) Berjaya Hospitality Group Pravir Mishra berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan pelancongan sejajar dengan visi syarikat untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong dengan menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar.

“Dengan perjalanan yang lebih lebih selesa dan lancar tanpa gangguan, pengembara boleh menikmati sepenuhnya keindahan Langkawi dari saat mereka memulakan perjalanan,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya teruja untuk memperkenalkan pakej ini kepada para tetamu disamping memberikan mereka pengalaman perjalanan yang lancar dan menyeronokkan ke Langkawi.

“Penerbangan sewa peribadi oleh Berjaya Langkawi Resort mengutamakan keselamatan, privasi dan perjalanan yang lancar untuk pengembara.

“Tetamu kami akan menikmati penerbangan terus dan disambut dengan mesra oleh para kakitangan kami yang sangat mengalu-alukan kedatangan anda kesini” ujarnya lagi kepada para media yang dijemput merasai pengalaman penerbangan privasi ke Langkawi Jumaat lalu.

Penerbangan sulung itu berlepas dari Terminal SkyPark Subang Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan pesawat ATR 72-500 yang mempunyai kapasiti maksimum 68 tempat duduk itu membawa 45 tetamu bagi penerbangan sulung tersebut.

“Kami menerima banyak pertanyaan untuk tempahan pada masa hadapan. Jadi kami menjangkakan mulai November dan seterusnya, kami akan mencapai sasaran faktor muatan antara 80 dan 100 peratus.

“Kami teruja dengan peluang yang dibawanya, bukan sahaja untuk resort kami tetapi juga untuk pertumbuhan berterusan pelancongan Langkawi,” tambahnya.

Pakej Fly Me Away: Rainforest Escape termasuk penginapan tiga hari dua  malam dengan penerbangan pergi balik, sarapan pagi setiap hari, minuman alu-aluan, pemindahan lapangan terbang, bar mini harian percuma dan diskaun 20% untuk makanan dan minuman.

Dalam pakej tersebut, eksklusiviti penerbangan itu termasuk akses ke Sky Lounge di Terminal SkyPark Subang, elaun bagasi daftar masuk 15kg bagi setiap orang, menaiki pesawat ekspres dan minuman di atas kapal dengan layanan yang paling mesra.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading