e5434100-f6b7-4f55-af0e-7bac0fe049a6

Seperti yang ditunggu-tunggu, tahun 2025 ini sekali lagi Samsung melancarkan telefon pintarnya yang hebat iaitu Samsung Galaxy S25 Series.

Siri generasi S25 itu masih memperkenalkan tiga variasi seperti generasi terdahulu iaitu Galaxy S25, S25+ dan S25 Ultra untuk kelas tinggi.

Samsung Galaxy S25 series ini dicipta dimana ia menawarkan pelbagai penambahbaikan daripada segi kecerdasan buatan Galaxy AI, spesifikasi dalaman dan rekaan.

Satu perkara yang menarik adalah daripada segi cipset, di mana setiap varian Galaxy S25 akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite for Galaxy yang menawarkan prestasi CPU lebih tinggi sebanyak 37%, prestasi GPU lebih tinggi sebanyak 30% dan prestasi NPU lebih tinggi sebanyak 40% berbanding generasi sebelumnya.

Macam tahun-tahun sebelumnya, tidak banyak yang berubah daripada segi rekaan, tetapi Samsung ada memberikan sedikit pembaharuan pada estektik Galaxy S25 Ultra, serta membawakan naik taraf fungsi AI, dengan siri Galaxy S25 digelar sebagai “true AI companion”. Jadi, ini adalah maklumat tentang siri Galaxy S25.

Ini 10 ciri reaksi pertama Samsung Galaxy S25 yang buat kami yakin inilah gajet terbaik 2025!

1) Reka Bentuk Elegan, Mewah dan warna ‘have-have’

Samsung Galaxy S25 direka dengan kerangka kaca seramik yang tahan lasak dan hadir dalam pelbagai warna eksklusif memberikan sentuhan mewah yang sempurna untuk gaya anda.

Butang laras audio dan kuasa terletak di sisi kanan sementara bicu audio, kekisi audio dan port pengecasan USB-C pula terletak di bahagian bawah.

Siri S25 mengambil rekaan daripada Z Fold6. Gelung logam yang mengelilingi lensa kamera kini lebih besar dan berwarna hitam. Tahun lalu ia masih lagi mempunyai kemasan metalik.

Tubuh peranti pula melepasi piawaian kalis debu serta air IP68. Seperti skrin dan kamera, bateri pada S25 dan S25+ masih lagi sama iaitu 4000 mAh dan 4000 mAh. Tidak mengejutkan pengecasan juga masih 45W pada S25+ dan 25W pada S25.

2) Kamera Terbaik Untuk Fotografi Dan Selfi

Adakah anda suka menangkap gambar?

Samsung Galaxy S25 hadir dengan kamera ultra-lebar 50MP dan teknologi ProVisual Engine yang memastikan setiap perincian, termasuk tekstur rambut dan kilauan mata anda, kelihatan sempurna. Mod Nightography juga menghasilkan foto malam yang jelas dan cantik.

Kamera belakang terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP, ultra sudut lebar 50MP, telefoto periskop 50MP dan telefoto 3X 10MP. Di hadapan sekali lagi sensor 12MP digunakan.

Penambahbaikan hanya dilakukan pada lensa ultra lebar yang hanya 12MP pada S24 Ultra. Seperti pada S25 dan S25+, Samsung tidak mengatakan sama ada sensor baharu digunakan.

3) Mod AI Untuk Editing Profesional

Sistem pengimejannya juga hadir dengan ProVisual Engine generasi terkini, keupayaan merakam 10-bit HDR, ada Audio Eraser serta sokongan rakaman berformat Log.

Dengan ciri seperti Audio Eraser, bunyi latar yang mengganggu boleh dihapuskan dengan mudah, menjadikan video anda kelihatan profesional – sesuai untuk vlog dan media sosial.

Kesemua model dalam siri Galaxy S25 akan menjalankan sistem operasi One UI 7 berasaskan Android 15, dengan Galaxy AI adalah perkara yang diketengahkan. Menurut Samsung, One UI 7 menyediakan pengalaman AI lebih seakan manusia, integrasi lebih baik serta penglaman AI yang lebih diperibadikan.

Siri Galaxy S25 ni kini tampil dengan Now Brief, dengan ianya boleh berikan notifikasi penting pada waktu tertentu seperti cuaca, ringkasan tidur, serta cadangan rutin pemanduan atau kecergasan. Jadi anda akan dapat lihat now Brief pada waktu pagi, tengah hari atau petang. Ia berfungsi macam widget dan boleh diakses melalui lock screen dan skrin utama.

Kemudian, terdapat juga fungsi AI Select yang ditambah baik dengan keupayaan untuk anda menghasilkan GIF terus daripada video. Circle to Search juga kini menyokong untuk pencarian lagu yang sedang dimainkan di telefon. Samsung juga dah tambah baik fungsi Generative Edit bagi pengeditan gambar, serta terdapat fungsi AI Best Face yang bolehkan anda untuk edit dan buka mata yang tertutup dalam gambar.

4) Rakan Baik Untuk Kesihatan Anda

Melalui aplikasi Samsung Health, Galaxy S25 membantu menjejaki kesihatan anda, dari tidur hingga pemakanan. Ia memberikan panduan kesihatan yang diperibadikan supaya anda sentiasa berada di tahap terbaik.

5) Pengekalan Kuasa Bateri

Tiada perubahan adalah bahagian baterinya. Galaxy S25 kekal menggunakan bateri 4,000mAh, manakala Galaxy S25 Plus memiliki bateri 4,900mAh, masih tidak digenapkan pada 5,000mAh. Sokongan pengecasan pantas 45W melalui USB-C terdapat di Galaxy S25 Plus, sementara model S25 ada sokongan pengecasan 25W USB-C. Kedua-duanya turut boleh dicas secara wayarles pada kuasa 15W.

6) Cekap Dan Multitasking

One UI 7 yang dikuasakan oleh AI membolehkan anda mengawal peranti dengan arahan suara. Contohnya, hanya dengan berkata “Saya penat,” Samsung Galaxy S25 akan mengaktifkan penapis cahaya biru untuk keselesaan mata anda.

Berkenaan integrasi AI pula, Samsung telah tambah baiknya supaya AI boleh berfungsi dengan lebih banyak aplikasi. Sebagai contoh, anda kini boleh gunakan Gemini untuk mencari restoran, kemudian kongsikannya kepada aplikasi pihak ketiga. Anda juga boleh mengambil gambar dengan Gemini, seterusnya mencari resipi dan simpan hasil carian terus ke dalam Notes.

Samsung juga menjanjikan kemas kini OS sebanyak 7 kali dan kemas kini keselamatan 7 tahun pada siri Galaxy S25.

7) Keselamatan Data Yang Kukuh

Dengan teknologi Personal Data Engine dan standard C2PA, semua data peribadi anda disimpan dengan selamat. Kini, anda boleh menggunakan teknologi pintar tanpa perlu risau tentang privasi.

8) Sokongan Ekosistem Pintar Untuk Gaya Hidup Anda

Galaxy S25 dilengkapi dengan SmartThings, membolehkan anda mengawal rumah pintar, memantau haiwan peliharaan, dan mengoptimumkan rutin harian hanya melalui telefon pintar.

9) Perisian Lebih Mantap

Bagi memastikan penyejukan yang efisien, Galaxy S25 juga telah dimuatkan dengan vapor chamber 40% lebih besar berbanding generasi sebelumnya.Semua varian Galaxy S25 dibekalkan dengan RAM LPDDR5X 12GB dengan tiga pilihan storan dalaman UFS 4.0 iaitu sama ada 256GB, 512GB dan 1TB.

Galaxy S25 akan menerima RAM 12GB, menandakan ini siri Galaxy S pertama yang menawarkan jumlah RAM tersebut sahaja. Sebelum ini, selalunya Galaxy S ditawarkan dengan RAM 8GB sebagai varian memori paling rendah.

10) Pengalaman Gaming Luar Biasa

Bagi anda yang gemar bermain permainan, Samsung Galaxy S25 menawarkan 40% prestasi Ray Tracing yang lebih baik, paparan lebih jelas dengan ProScaler, dan kawalan haba dengan sistem penyejukan terkini.

Di Malaysia jualan Samsung Galaxy S25 dibuka hari ini dengan harga bermula RM3099 untuk 12/256GB. Samsung Galaxy S25+ pula dijual pada harga bermula RM4999 untuk 12/256GB . Akhir sekali Samsung Galaxy S25 Ultra pula dijual pada harga bermula RM5999 untuk 12/256GB.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading