APT-1694

Kuala Lumpur – Shawl Publika sekali lagi berkolabrasi bersama jenama pereka terkenal, Seth & Luna Malaya dengan mempersembahkan koleksi terbarunya, SLAY-SA sempena Aidilfitri tahun ini.

Rekaan ini menggabungkan gaya dan keselesaan sesuai iklim negara ini dan masih mementingkan rona sederhana. Koleksi ini adalah hasil pemerhatian mendalam tentang dilema biasa yang dihadapi semasa musim perayaan: keperluan untuk pakaian yang bergaya dan praktikal.

Diilhamkan daripada kisah peribadi daripada orang tersayang, pereka di sebalik SLAY-SA mendapati bahawa walaupun pakaian tradisional Hari Raya cantik namun ianya kurang selesa dipakai sepanjang hari. Kebiasannya, baju raya yang dipakai tidak praktikal dan menukarnya kepada pakaian kasual menjelang tengah hari.

Dengan SLAY-SA, Seth & Luna menyasarkan untuk mentakrifkan semula fesyen perayaan dengan menawarkan pakaian yang elegan dan mudah dipakai.

Pereka fesyen duo, Seth dan Luna berkata, ini merupakan kolabrasi kali kedua bersama Shawl Publika dan rekaan kali ini menggunakan material ringan sesuai dengan cuaca di Malaysia.

“Kita bawa rekaan yang simple dan boleh dipakai bukan sahaja pada musim perayaan malah pada acara-acara lain juga.

“Rekaan kita lebih kepada sentuhan moden dan potongan yang loose sesuai untuk semua peringkat umur, selain itu kita kemaskan lagi dengan tambahan manik yang berkilauan bagi menaikkan seri sesiapa sahaja yang memakainya” katanya selepas majlis pelancaran koleksi SLAY-SA di Starhill, Kuala Lumpur.

Pengasas Shawl Publika, Nur Hidayu Zorkafli dan Iskandar A. Suffian menyifatkan senang bekerja dengan pereka duo, Seth dan Luna kerana idea rekaan mereka yang sentiasa segar malah menepati kehendak dan cita rasa para pelanggannya.

“Untuk tahun ini, kita merealisasikan permintaan pelanggan tetap kami yang inginkan baju raya plain tetapi gaya rekaan yang up to date.

“Koleksi kami kali ini juga ada yang menggabungkan elemen baju kedah dengan seluar palazo, ia sesuai bagi mereka yang lasak tetapi tetap mahu bergaya” ujarnya.

Shawl Publika x Seth Luna mengumumkan, pempengaruh fesyen dan model, Farah Ain Syazwani Hamdan atau lebih dikenali Farah Deluna sebagai duta Shawl Publika Raya 2025. Manakala, Nurul aliyah balqis pula sebagai duta Shawl Publika Indonesia.

Selebriti, Scha Al Yahya dan Meerween Hanees Natasha turut dilantik sebagai wajah kempen Shawl Publika x Seth Luna.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading