Ketibaan Ramadan bukan sahaja dinanti-nantikan sebagai bulan penuh keberkatan, malah ia turut menjadi waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Tahun ini, Hilton Hotels di seluruh Malaysia menyambut Ramadan dengan kempen bertemakan “Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan”, menampilkan pelbagai pilihan bufet yang menggamit selera serta suasana yang mesra dan eksklusif.
Kempen ini memberi penekanan kepada kepentingan merapatkan hubungan dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan dengan pengalaman gastronomi yang istimewa. Dengan hidangan lazat dari seluruh pelosok dunia serta resipi tradisional yang disempurnakan dengan sentuhan moden, bufet Ramadan di hotel Hilton Garden Inn, Puchong menawarkan pengalaman berbuka puasa yang sukar dilupakan.


Bagi yang berada di Puchong, Hilton Garden Inn menyediakan bufet dengan pilihan hidangan seperti Kari Udang Galah dan Kambing Bakar yang pasti menggugah selera.

Bufet ini menawarkan menu seperti Kari Udang Galah, Asam Pedas Ekor Sapi, serta Kambing Bakar dengan harga bermula RM128 nett bagi dewasa.


Manfaat Tempahan Awal & Diskaun Ahli Hilton Honors
Untuk menikmati penjimatan, tempahan awal sebelum 28 Februari 2025 layak menerima diskaun 20%, manakala ahli Hilton Honors boleh menikmati diskaun sehingga 25% dari 1 hingga 30 Mac 2025.

Harga bermula dari RM128 seorang pada hari biasa – dan RM64 seorang untuk kanak-kanak. Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 80841299 atau Whatsapp +6012 612 9947.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa Ramadan ini di hotel Hilton Garden Inn, Puchong sambil mencipta kenangan manis bersama yang tersayang.
Dengan pelbagai pilihan menu yang lazat serta suasana berbuka puasa yang selesa, bufet Ramadan di Hilton Malaysia pasti menjadi pengalaman yang berbaloi untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
