Kuala Lumpur – Jenama pakaian dan gaya hidup terkemuka tempatan, Amber memperkenalkan koleksi baju raya dengan tema ‘Raya Romantics’ dengan unsur elegan, sofistikated dan mewah.
Ketua Pegawai Eksekutif Usanita selaku pengasasnya, Datuk Adzliana Hasan berkata, koleksi ini merupakan satu manifestasi keindahan budaya dan inovasi fesyen moden. Setiap helaian direka dengan teliti bagi memastikan bukan sahaja gaya yang anggun, tetapi juga keselesaan yang tiada tandingan. Sebagai jenama di bawah Usanita, kami percaya dalam memperkasa jenama tempatan untuk terus bersaing dan berkembang di peringkat lebih tinggi.

“Dengan koleksi yang menampilkan rekaan elegan dan berkualiti tinggi ini, kami yakin Amber akan menjadi pilihan utama buat mereka yang ingin tampil bergaya sepanjang Aidilfitri ini.
“Tahun ini, kami mensasarkan jualan sebanyak 300,000 helai daripada koleksi ‘Raya Romantics’. Sasaran ini berpandukan kepada kejayaan koleksi sebelum ini serta permintaan yang semakin meningkat terhadap fesyen raya yang eksklusif dan berkualiti” katanya,
Langkah berani ini menandakan satu pencapaian besar bagi Amber dalam mengangkat jenama tempatan ke peringkat global. Dengan berlatarbelakangkan keindahan bandar raya London, kempen video ini mengetengahkan enam duta rasmi Amber – Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah – yang bergaya dalam persalinan elegan koleksi Raya Romantics.
Menampilkan keanggunan klasik dengan sentuhan moden, setiap helaian dalam koleksi Raya Romantics direka dengan teliti menggunakan fabrik premium 100% kapas dan dihiasi dengan sulaman floral eksklusif. Dengan rangkaian warna yang luas, koleksi ini sesuai untuk sebarang suasana, daripada majlis santai hingga ke perayaan penuh glamor.

Penggambaran kempen raya ini telah dijalankan di Oxford Universiti, memberikan latar yang indah dan klasik bagi menampilkan keunikan serta kemewahan koleksi Raya Romantics.
Koleksi Raya Romantics hadir dengan variasi rekaan bagi lelaki dan wanita yang menonjolkan keselesaan dan gaya moden. Fabrik berkualiti tinggi serta perincian halus memastikan setiap helaian mampu menyerlahkan keanggunan si pemakai. Dengan harga bermula dari RM269 hingga RM459 dan saiz yang tersedia dari XS hingga 3XL, koleksi ini menepati pelbagai cita rasa dan keperluan.

Selain pelancaran koleksi fesyen, acara eksklusif Amber turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada barisan artis terkenal Malaysia. Aina Abdul, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, dan Anuar Zain turut membuat persembahan yang menambahkan lagi kemeriahan sambutan Raya Romantics. Keunikan acara ini bukan sahaja meraikan fesyen tetapi juga mengangkat seni hiburan tempatan ke tahap lebih tinggi.
Koleksi Raya Romantics kini boleh didapati di Amber Flagship Store di Shangri-La, Kuala Lumpur, serta butik Amber di Wangsa Walk Mall. Selain itu, ia juga tersedia secara dalam talian di www.amberofficials.com.my dan di TikTok Shop melalui akaun @AmberModeOfficials. Tambahan pula, Amber akan menyertai festival fesyen raya seperti Celebfest Singapore dari 7 hingga 9 Mac 2025 dan Absolute Fest Gaya Raya dari 21 hingga 24 Mac 2025.
