ef816f31-c605-431a-8540-60453c1c5ba4

Kelana Jaya – Pengurus dan perancang acara islamik, Faith Events bekerjasama dengan Open University Malaysia (OUM) bagi menambah nilai pengajian islam sedia ada disamping memperkasa pengetahuan agama kepada masyarakat.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Faith Events, Khairul Amar Razali berkata, kerjasama ini memberi nilai tambah yang positif bukan sahaja di kalangan para siswa namun dapat diperluaskan kedalam kehidupan pada masa kini.

“Kita memilih OUM kerana universiti ini mempunyai jurusan pengajian islam di pelbagai peringkat disamping kaedah digital yang digunakan lebih memudahkan pembelajaran.

“Kerjasama yang signifikan ini menandakan langkah penting dalam memajukan pendidikan Islam dan memperkukuhkan pemahaman antara agama yang lebih mendalam, ini juga merupakan satu usaha meluaskan jaringan agama kearah lebih holistik bukan sahaja dalam bidang pendidikan namun motivasi diri” katanya dalam sidang media disini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Faith Events, Khairul Amar Razali (kiri) dan Naib Presiden merangkap Timbalan Naib Canselor (Akademik & Penyelidikan), Prof Datuk Dr Mohd Tajudin Md Ninggal ketika majlis menandatangani MoU kerjasama.

Tambahnya, program yang dianjurkan nanti berupaya menjadi wadah kepada masyarakat terutama dalam membentuk rohani dan mental yang lebih baik.

Program ini mendapat sokongan dari kalangan para speaker antarabangsa yang bakal berkongsi ilmu keagamaan serta gaya hidup yang mematuhi garis panduan islam.

Sementara itu, Naib Presiden merangkap Timbalan Naib Canselor (Akademik & Penyelidikan), Prof Datuk Dr Mohd Tajudin Md Ninggal menjelaskan kerjasama ini sebagai satu tanda aras positif pihak universiti dalam memberi nilai tambah yang baik dan melengkapkan aspek kerohanian serta keagamaan dalam bidang pengajian.

“Buat masa ini, program ini masih terbuka kepada para siswa yang berminat menyertainya dan pihak universiti merancang akan menambahnya dalam silibus ko-kurikulum bagi mata jam kredit dan penilaian semester.

“Setiap pelajar yang menyertai akan menerima sijil penghargaan dari pihak universiti” ujarnya.

Jelasnya, OUM berbangga dapat bekerjasama dengan Faith Events dalam mengembangkan peluang pendidikan yang mengintegrasikan kedua-dua pembangunan akademik dan rohani.

Menurut beliau, inisiatif itu sejajar dengan misi universiti itu untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat sambil menerima pelbagai perspektif.

Beliau turut menambah, OUM bakal menjadi pelopor kepada integrasi teknologi Artificial Intelligent (AI) dalam mengalih suara speaker antarabangsa dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu agar perkongsian ilmu ini dapat difahami oleh sesiapa sahaja.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading