cf5a2592-158a-41ae-a155-cffe8f5d15a3

KUALA LUMPUR – Sempena Kempen Ramadan 2025, Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menjalinkan kolabrasi bersama jenama hijab terkenal, Tudung Ruffle dengan menawarkan hadiah cenderahati eksklusif.

Cenderahati tersebut akan diberikan kepada 1,000 pembayar wanita terawal yang membuat bayaran zakat harta serendah RM1,000 dalam satu transaksi di mana-mana kaunter PPZ-MAIWP.

Setiap pembayar zakat bertuah akan menerima sehelai tudung koleksi khas dari Tudung Ruffle berserta sampul duit raya.

Cenderahati tudung eksklusif Tudung Ruffle direka khas dengan motif bunga-bunga kecil dengan warna korporat PPZ dan tidak dijual di mana-mana.

Bertemakan ‘Jiwa Memberi’, epanjang Ramadan ini juga PPZ-MAIWP bersama rakan strategik akan turun padang bagi menyantuni golongan asnaf di samping mengeratkan hubungan antara pembayar dan penerima zakat.

Sementara itu, Tudung Ruffle ketika ditemui dalam satu majlis berbuka puasa ‘Circle of Love – Ikhlas Seorang Wanita’ melahirkan rasa teruja dengan kerjasama ini dan berharap dapat menjalinkan kolabrasi pada kempen akan datang.

Turut hadir, Ustazah Fatimah Syarha menyampaikan usrah kepada para tetamu disamping rakan selebriti dan pempengaruh lain.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading