All Photo 1-102

R-HAAN, restoran mewah Thailand yang dianugerahkan dua bintang Michelin dan berpegang teguh pada falsafah “The Wisdom of Thai Cuisine”, meraikan ulang tahun ke-9 dengan memperkenalkan Samrub istimewa bertemakan “Wisdom of Thai Happiness”, hasil ciptaan Chef Chumpol Jangprai.

Dalam tradisi masakan Thai, Samrub merujuk kepada set hidangan yang lengkap dan seimbang, terdiri daripada pelbagai lauk-pauk yang disajikan untuk dinikmati dan dikongsi bersama. Sempena ulang tahun ke-9 ini, R-HAAN meraikan perjalanan sembilan tahun yang didedikasikan untuk mengkaji, memelihara, mentafsir dan mempersembahkan keunggulan masakan Thai melalui pendekatan kontemporari dalam sajian mewah.

Sepanjang sembilan tahun tersebut, R-HAAN terus memperhalusi pemahamannya terhadap gastronomi Thai dalam pelbagai dimensi daripada pemilihan bahan bermusim yang diperoleh dari seluruh Thailand, teknik memasak tradisional dan seni mengimbangi rasa, hinggalah kepada teknik penapaian serta pengawetan, penggunaan herba dan pemakanan sebagai sebahagian daripada kesejahteraan holistik, selain memahami budaya Samrub yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Thai.

Kesemua pengalaman dan pengetahuan ini diterjemahkan ke dalam Samrub ulang tahun ke-9, di mana konsep kegembiraan tidak hanya dizahirkan melalui rasa, tetapi turut lahir daripada hubungan antara alam semula jadi, manusia, budaya, kepakaran serta ilmu yang diwariskan dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Melalui pengalaman gastronomi mewah kontemporari ini, R-HAAN mengangkat warisan tersebut ke dalam sebuah persembahan baharu tanpa mengetepikan akar umbi dan identiti masakan Thai yang menjadi asasnya.

Samrub ulang tahun ke-9 ini bukan sekadar sebuah menu baharu, sebaliknya direka sebagai sebuah perjalanan merentasi pengetahuan dan budaya yang telah membentuk gastronomi Thailand. Perjalanan tersebut bermula dengan kepelbagaian rasa, diikuti kesuburan tanah dan perairan Thailand, khazanah herba perubatan serta falsafah khasiat pemakanan, tradisi sos pencicah dan budaya menikmati hidangan secara bersama, nasi sebagai nadi kehidupan masyarakat Thai, sebelum diakhiri dengan pencuci mulut yang sarat dengan memori dan imaginasi.

Menurut Chef Chumpol Jangprai, setiap hidangan digubah dengan teliti sebagai sebahagian daripada satu naratif yang berterusan sebuah terjemahan daripada segala yang telah dipelajari dan dipelihara oleh R-HAAN sepanjang sembilan tahun lalu, melalui kepelbagaian bahan, teknik tradisional serta persembahan yang lebih kontemporari.

3 Menu Utama Hidangan Samrub

AMUSE BOUCHE – Sembilan Rasa, Satu Identiti Thai

Pengalaman bermula dengan inti pati masakan Thai: Rasa. R-HAAN mempersembahkan sembilan jenis Amuse-Bouche sebagai peta kecil penuh rasa Thailand, yang mewakili sembilan dimensi rasa penting: masam, masin, manis, pedas, kaya, pahit, kelat, bergas dan umami. Bersama-sama, mereka menggambarkan bahawa masakan Thai tidak pernah ditakrifkan oleh satu rasa yang dominan. Identitinya berasal daripada seni menggabungkan unsur-unsur yang berbeza dan mewujudkan keharmonian dan keseimbangan antara mereka.

“NAI NAM MEE PLA, NAI NA MEE KHAO” – Di Dalam Air Ada Ikan, Di Sawah Ada Nasi

Salah satu hidangan utama Samrub diinspirasikan oleh frasa terkenal yang melambangkan
kesuburan Thailand: “Di dalam air ada ikan, di sawah ada nasi”. Nasi, ikan dan sambal telah menjadi elemen asas dalam hidangan Thai selama beberapa generasi. R-HAAN mentafsir semula kombinasi yang biasa ini melalui nasi dari Chiang Rai, telur dan hati ikan tenggiri, sos cili berperisa udang, tuna premium yang dibakar dan kaviar.


Kelebihan hidangan ini bukan sahaja terletak pada kemewahan bahan-bahannya, tetapi mempertingkatkan asas makanan Thai yang sederhana nasi, ikan dan sambal – sambil mengekalkan rasa dan kenangan pada setiap hidangan. Menjadi kepercayaan teras R-HAAN: kemewahan dalam masakan Thai tidak perlu melupakan asal usulnya tetapi perlu fahami secara mendalam, menghargai nilainya dan seterusnya mempersembahkannya dengan cara kontemporari.

TOM KHA THAI DENGAN UDANG KARANG – Mutiara Laut Andaman

Tom Kha merupakan salah satu ungkapan keseimbangan yang paling jelas dalam masakan Thai, menggabungkan aroma lengkuas dan serai, kelemakan santan kelapa, keasidan yang menyegarkan dan kerumitan aromatik yang lembut.

R-HAAN mentafsir semula struktur rasa Tom Kha melalui udang karang, Champagne, asparagus putih dan minyak ketumbar, mewujudkan dialog antara rasa tradisional Thai dan bahan-bahan serta teknik antarabangsa.


Walaupun hidangan ini dipersembahkan melalui bahasa hidangan mewah kontemporari, identiti Tom Kha tetap dirasai. Hidangan ini mencerminkan idea utama di sebalik falsafah masakan R-HAAN: kebijaksanaan masakan Thai boleh dipersembahkan di pentas dunia dan berinteraksi dengan gastronomi global tanpa hilang identitinya.

Satu Samrub, 9 Gandingan Minuman Tersendiri
Bagi melengkapkan lagi hidangan Samrub Ulang Tahun ke-9, R-HAAN memperkenalkan sembilan pengalaman gandingan minuman yang tersendiri, membolehkan tetamu memilih gandingan yang paling mencerminkan pilihan mereka sendiri. Antaranya adalah gandingan moktail, teh serta minuman beralkohol.


Setiap gandingan minuman telah dipilih dengan teliti untuk melengkapi rasa, aroma dan ciri individu setiap hidangan. Dengan mengubah pilihan minuman, Samrub yang sama dapat mendedahkan dimensi rasa dan pengalaman yang berbeza, mengajak setiap tetamu untuk menemui ” Wisdom of Thai Happiness” melalui perjalanan yang lebih peribadi.

Harga Samrub bermula dari THB 6,999++ atau THB 9,999++ setiap orang, termasuk hidangan Samrub penuh bersama-sama dengan satu gandingan minuman tersedia. Tawaran tersedia
sehingga 30 December 2026.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading