b0e93381-b692-46e4-91de-8b0425654ad9

Selain pelancaran Samsung Galaxy Z Series yang menyaksikan pelancaran Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7 dan Galaxy Z Flip7 FE, Samsung turut memperkenalkan Galaxy Watch8 Series.

Samsung Galaxy Watch8 Series ditawarkan didalam dua model iaitu Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic.

Samsung Galaxy Watch8

Samsung Galaxy Watch8 hadir ke pasaran sebagai generasi Galaxy Watch yang paling nipis dengan  Distinctive Cushion Design yang mengimbangi estetika dan kefungsian. Ianya akan ditawarkan didalam dua saiz jam iaitu 40mm dan 44mm masing-masing dengan paparan Super AMOLED berukuran 1.34-inci and 1.47-inci yang memiliki kecerahan maksima mencecah 3,000nits.

Selain itu, Galaxy Watch8 memiliki pemproses 3nm Exynos W1000 bersama 2GB RAM dan storan dalaman 32GB.

Seterusnya, Galaxy Watch8 40mm hadir dengan bateri 325mAh manakala Galaxy Watch 44mm pula memiliki bateri 435mAh dengan pengecasan pantas.

Samsung Galaxy Watch8 Classic

Samsung Galaxy Watch8 Classic adalah model Galaxy Watch8 yang menampilkan rekaan lebih premium dimana terdapat Rotating Bezel dan Quick Button pada ukuran bersaiz 46mm.

Selain itu, Galaxy Watch8 Classic juga hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 1.34-inci dengan kecerahan sehingga 3,000nits, dual-GPS dan cipset Exynos W1000 bersama 2GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Dalam pada itu, Watch8 Classic juga menampilkan bateri berkapasiti 445mAh bersama pengecasan pantas.

Ciri-ciri Galaxy Watch8 Series

Antara ciri yang ditawarkan pada Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic adalah ciri indeks antioksidan – ukur tahap karotenoid yang disimpan dalam kulit anda – jam tangan pertama dunia untuk mengukur karotenoid dalam 5 saat, Running Coach, Bedtime Guidance, Vascular Load, High Stress Alert, Mindfulness Tracker dan Energy Score.

Dalam pada itu, Galaxy Watch8 Series berkongsi kebanyakkan sensor yang sama seperti Samsung BioActive Sensor (Optical Bio-signal Sensor + Electrical Heart Signal + Bioelectrical Impedance Analysis), Temperature Sensor, Accelerometer, Barometer, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Light Sensor dan 3D Hall sensor (hanya pada Watch8 Classic).

Akhir sekali, Galaxy Watch8 Series juga hadir dengan penarafan kalis air 5ATM + IP68 / MIL-STD-810H (gred industri ketenteraan)

Harga Jualan di Malaysia

ModelConnectivityColourRRP
Galaxy Watch8 (44mm)WiFiGraphiteRM1,399
SilverRM1,399
WiFi + LTEGraphiteRM1,699
SilverRM1,699
Galaxy Watch8 (40mm)WiFiGraphiteRM1,299
SilverRM1,299
WiFi + LTEGraphiteRM1,599
SilverRM1,599
Galaxy Watch8 Classic (46mm)WiFiBlackRM1,799
WhiteRM1,799
WiFi + LTEBlackRM2,099
WhiteRM2,099
Galaxy Watch Ultra (2025)WiFi + LTETitanium BlueRM3,399
Titanium GrayRM3,399
Titanium SilverRM3,399
Titanium WhiteRM3,399

Samsung Galaxy Watch8 Series kini dibuka untuk pra-tempahan dengan jualan rasmi akan bermula dari 25 Julai 2025.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading