1

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei mengalahkan pasangan nombor dua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di pentas final Kejohanan Dunia 2025 di Perancis dengan kemenangan straight set 21-15, 21-14.

Beregu negara yang turun selaku pilihan keempat kejohanan bermula garang dengan memenangi set pertama 21-15.

Set kedua berlangsung lebih sengit apabila beregu kedua dunia, Zhen Bang-Ya Xin cuba bangkit tetapi berjaya dihalang Tang Jie-Ee Wei sebelum merangkul kemenangan dengan keputusan 21-14 dalam tempoh 39 minit.

Sebagai rekod, kilauan pingat terakhir diraih beregu campuran negara menerusi Koo Kien Keat–Wong Pei Tty yang membawa pulang gangsa dari Madrid pada 2006.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading