Klang – Dua figura hiburan popular yang lebih dikenali melalui platform TikTok, Syaffiq Sahli dan Bosswan, kini secara rasmi dilantik sebagai duta jenama Empire Reka Klang dalam satu majlis menandatangani perjanjian kerjasama yang berlangsung meriah bersama pihak pengurusan syarikat berkenaan.
Bukan sekadar pelantikan duta, kedua-dua personaliti berpengaruh ini turut diberikan pegangan saham dalam Empire Reka Klang, sekali gus menjadikan mereka bukan sahaja wajah rasmi syarikat, malah rakan strategik dalam membangunkan jenama ke tahap lebih tinggi.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Empire Reka Klang berkata, kerjasama ini mencerminkan keyakinan pihaknya terhadap kredibiliti Syaffiq Sahli dan Bosswan dalam memberi inspirasi kepada anak muda.

“Pelantikan Syaffiq Sahli & Bosswan sebagai duta dan pemegang saham adalah bukti keyakinan kami terhadap pengaruh serta kredibiliti mereka.
“Kerjasama ini adalah permulaan kepada banyak inisiatif besar yang bakal dilaksanakan” katanya.
Sementara itu, Syaffiq Sahli dan Bosswan meluahkan rasa teruja dengan pelantikan ini yang disifatkan sebagai peluang untuk membina legasi bersama Empire Reka Klang.
“Bagi kami, ini lebih daripada sekadar kolaborasi. Ia adalah langkah besar ke arah membina legasi bersama Empire Reka.
“Kami percaya sinergi ini akan membuka ruang lebih luas untuk berkarya, berinovasi dan dalam masa yang sama mengangkat jenama tempatan ke persada lebih tinggi.
“Jadi kami terima dengan hati terbuka dan anggap ini satu amanah dan cabaran baharu dalam hidup,” kata Jodi ketika ditemui dalam majlis menandatangani perjanjian kerjasama (MOU) bersama pihak Empire Reka di Klang, baru-baru ini.

Kerjasama ini dijangka membuka laluan kepada pelbagai projek baharu, khususnya dalam bidang perabot dan inisiatif digital, selaras dengan visi Empire Reka Klang untuk menjadi peneraju industri perabot serta pembuatan di Malaysia.
Dengan pengaruh besar Syaffiq Sahli dan Bosswan dalam kalangan peminat, langkah strategik ini diyakini mampu mengukuhkan lagi kedudukan Empire Reka Klang serta memberi impak positif kepada ekosistem hiburan dan keusahawanan tempatan.
Sempena pelancaran rasmi kolaborasi ini, Empire Reka turut mengumumkan satu promosi besar-besaran yang dijangka mencuri perhatian ramai iaitu jualan produk perabot pada harga serendah RM1, RM10 dan RM50, termasuk sofa yang biasanya bernilai sehingga RM5,000!
“Ini bukan gimik. Siapa cepat, dia dapat. Kami nak buktikan bahawa Empire Reka bukan sekadar jenama gah, tapi juga mampu milik untuk semua lapisan pelanggan,” ujar Bosswan.

Promosi ini akan bermula pada 16 September 2025, dan hanya eksklusif untuk pembeli yang hadir ke cawangan tertentu. Tiada pembelian minimum diperlukan, hanya perlu menjadi antara yang terawal!
Salah satu kekuatan utama Empire Reka ialah memiliki kilang sendiri, sekaligus membolehkan pelanggan menyesuaikan (custom) rekaan perabot mengikut kehendak dari warna, material hinggalah kepada jenis kemasan.
