Kuala Lumpur – Ruang golf di Isetan of Japan, Suria KLCC yang dikendalikan oleh Leonian Malaysia kini tampil dengan wajah baharu apabila secara rasmi memperkenalkan ruang serba moden dan diperbaharui di aras tiga, seksyen Gaya Hidup Lelaki.
Dengan keluasan melebihi 4,000 kaki persegi, ruang ini turut menampilkan bilik simulator golf berteknologi tinggi, selari dengan trend dan kehendak gaya hidup golf moden masa kini. Konsep transformasi ini memberi fokus kepada pengalaman beli-belah yang lebih interaktif, imersif dan sensori untuk para peminat sukan golf.

Sejak mula bertapak di Isetan KLCC pada tahun 2018, Leonian Malaysia terus mencatat kejayaan luar biasa dengan membawakan pelbagai jenama eksklusif dari Jepun di bawah satu bumbung. Kehadiran mereka di pusat beli-belah ternama ini nyata telah memperkukuh daya tarikan jenama-jenama eksklusif yang berada di bawah pengurusan Leonian, di samping memperluaskan capaian kepada pasaran pelanggan premium.
Ruang golf berprestij ini menampilkan barisan produk golf berkualiti tinggi yang diimport terus dari Jepun serta jenama antarabangsa terkenal seperti Callaway Golf, Travis Mathew, Polo Ralph Lauren, ECCO, PXG, FootJoy, Titleist, Admiral Golf, PGA Tour, Fourteen, Adidas Golf, Oakley dan Black Clover. Beberapa barangan eksklusif Jepun yang hanya boleh didapati di Isetan juga turut ditawarkan di sini.


Dengan konsep terbuka yang moden, Leonian Malaysia bersama Isetan of Japan komited untuk menawarkan lebih daripada sekadar pembelian ia adalah pengalaman gaya hidup yang menyeluruh dan diperibadikan.

Pengarah Leonian (Malaysia) Sdn Bhd, Frankie Choo, berkata:
“Kami amat teruja dengan pembukaan semula ruang golf yang diperbaharui di Isetan of Japan ini. Sejak kerjasama kami bermula pada 2018, Leonian Malaysia dan Isetan berkongsi visi yang sama – memberikan kepuasan pelanggan tertinggi dan menawarkan pengalaman beli-belah terbaik. Kami yakin, dengan rekaan semula ruang ini, pelanggan akan menikmati pengalaman yang menggabungkan estetika, komuniti dan integrasi gaya hidup dalam satu destinasi.”

Tambah beliau lagi, Leonian kekal dengan komitmen kami untuk menawarkan jenama dan barangan berkualiti tinggi.
“Dengan kerjasama Isetan of Japan, kami akan terus memastikan ruang golf Leonian ini menjadi pusat sehenti untuk semua peminat golf sama ada pemula mahupun profesional. Kami amat bersyukur atas sokongan yang diterima dan akan terus berusaha memberi pengalaman beli-belah terbaik untuk semua pelanggan kami” katanya.
