Kuala Lumpur – Sempena ulang tahun ke-25, Sans Wellness, pusat pengurusan kesihatan dan kecantikan terkemuka negara, melakar sejarah baharu dengan pelantikan artis terkenal Malaysia, Angela Chan, sebagai duta jenama rasmi.

Dengan slogan “Kehidupan dengan Wellness, Wellness dalam Kehidupan”, kerjasama ini menyeru masyarakat menjadikan pengurusan kesihatan sebagai rutin harian, bukan sekadar gaya hidup eksklusif untuk segelintir individu.

Dari Salon Kecil ke Pusat Wellness Terkemuka

Ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai sebuah salon kecantikan kecil, Sans Wellness kini berkembang menjadi pusat pengurusan kesihatan menyeluruh yang telah memberi khidmat kepada lebih 100,000 pelanggan.

Menggabungkan terapi semula jadi dengan teknologi moden, Sans Wellness kini beroperasi melalui empat teras utama sebagai pusat rawatan profesional, Sans Retreat untuk pemulihan mendalam, jurulatih wellness peribadi dan juga turut menyediakan kursus pendidikan wellness bersistem.

Teknologi Baharu: Genki Spectrum

Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Sans Wellness, Dr. Grace Tan San Chin, menegaskan bahawa prinsip terapi semula jadi kekal menjadi asas organisasi.

“Selama 25 tahun, kami berpegang pada terapi semula jadi disokong oleh kaedah eksklusif Genki Stick sehingga terbentuk sistem rawatan unik milik Sans Wellness. Kini, kami memperkenalkan teknologi Genki Spectrum bertaraf perubatan, yang menggabungkan penyembuhan semula jadi dengan teknologi moden untuk hasil lebih pantas dan berkesan,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya setiap keluarga mempunyai seorang penjaga kesihatan, lazimnya wanita yang berperanan besar dalam mempengaruhi diet dan gaya hidup ahli keluarga.

Tambahnya lagi, Sans Wellness menggunakan minyak urutan dari bahan-bahan yang disahkan halal.

“Kami juga menerima ramai pelanggan muslim untuk rawatan terutama urutan genki kerana yakin dengan keberkesananya dan mampu merehatkan tubuh badan” ujarnya lagi.

Ahli terapi Sans Wellness, Olive Showlin Er, pula menegaskan terapi semula jadi adalah himpunan kebijaksanaan kehidupan manusia.

Beliau memberi contoh halia untuk meredakan kembung perut, rendaman kaki untuk melancarkan peredaran darah, minyak pati bagi menenangkan emosi, serta cahaya matahari untuk menyembuhkan tubuh dan jiwa.

Angela Chan dilantik Duta Wellness

Angela Chan yang sinonim dengan imej positif, sihat dan ceria, menyifatkan pelantikannya sebagai satu tanggungjawab ikhlas.

“Kesihatan bukan sesuatu yang perlu diberi perhatian hanya bila jatuh sakit. Ia perlu dipelihara setiap hari. Saya setuju dengan falsafah Sans Wellness bahawa wellness adalah sebahagian daripada kehidupan.

“Sans Wellness menyediakan rawatan menyeluruh untuk menenangkan badan disamping menawarkan produk Happy Grains untuk pemakanan yang lebih sihat” katanya.

Sempena ulang tahun ke-25, Sans Wellness menawarkan pelbagai aktiviti khas dari sekarang hingga 30 Oktober 2025 antaranya: Pengalaman Genki Spectrum, Saringan kesihatan percuma (GenkiWave), Energy Smoothie dan Teh Herba percuma.

Selain itu, para pelanggan berpeluang mencuba Spin & Win yang menawarkan 25 hadiah eksklusif. Turut ada, cabaran foto online dengan hadiah pengalaman Genki Spectrum. Tempahan boleh dibuat di cawangan terpilih atau melalui pautan rasmi Sans Wellness.

Produk kesihatan Happy Grains

Pada tahun 2018, Dr. Grace Tan bersama Pengarah Pemasaran Kumpulan, Ng Kien Seng, menubuhkan Sans Therapeutics Berhad (STB) untuk memperluas pengurusan kesihatan holistik.

Antara produk popular di bawah STB ialah Happy Grains, minuman kesihatan dengan 46 nutrien penting yang telah terjual melebihi sejuta tin. Selain itu, jenama Auraqua dan Soulgood turut diperkenalkan untuk menyokong penjagaan kulit, tubuh dan pemakanan wanita moden.

STB juga menyediakan program pendidikan terapi semula jadi Wellness & Beauty dengan tiga tahap kursus rasmi, melatih generasi baharu ahli terapi profesional.

Untuk tempahan dan pertanyaan, pelanggan boleh hubungi ke talian 016-207 3519, atau klik pautan ini untuk membuat tempahan terus: https://autocrm.ai/widget/form/xoG7gdSJ6IGd3ayEDLN9

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading