1

Shah Alam – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Saharafuddin Idris Shah Alhaj akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz pada hari Khamis, 2 Oktober 2025 ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh facebook Selangor Royal Office sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, istiadat Pernikahan Diraja akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di Klang.

Manakala Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober 2025 bersamaan 30 Rabi’ul Akhir 1447H.

Selain itu, satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan pada 25 September 2025 di seluruh masjid di negeri Selangor yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor bagi memohon doa semoga Istiadat Perkahwinan dan Majlis yang dirancang akan dapat berjalan dengan lancar.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading