71761952082_Kebakaran

KUALA LUMPUR – Satu kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat atas Menara 3 KLCC awal pagi tadi, dipercayai melibatkan kawasan makanan dan minuman mewah yang terletak di bangunan berkenaan.

Insiden tersebut dirakam oleh hos rancangan The Economy with Ibrahim Sani, yang menyaksikan kejadian dari kediamannya berhampiran lokasi.

Dalam rakaman yang dikongsikan, api kelihatan marak sebelum berjaya dipadamkan.

Pengesahan lanjut daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung punca kejadian serta tahap kerosakan yang berlaku masih belum diperolehi..

Setakat laporan ini disiarkan, tiada maklumat rasmi mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading