Picture 1

MILO® bukan sahaja merupakan jenama sebutan ramai selama 75 tahun, tetapi juga menjadi sebahagian daripada rutin pagi rakyat Malaysia, dengan setiap cawan membekalkan tenaga kebaikan kepada rakyatnya untuk memulakan hari dengan sihat dan bertenaga. Baik dihidangkan di meja sarapan mahupun menceriakan murid-murid di hari sukan sekolah, jenama hijau ikonik ini telah membekalkan tenaga dan khasiat pemakanan kepada generasi demi generasi. Sambil MILO® meraikan mercu jaya ini, warisan kebaikannya terus dipelihara, dipacu oleh faktor sama yang menjadi tunggak perjalanannya selama ini: Pemakanan, Sukan, dan Kelestarian.  

Dengan semangat “Dulu, Kini dan Selamanya demi Malaysia,” sambutan ulang tahun ke-75 MILO® meraikan warisan jenamanya membekalkan khasiat dan kebaikan semula jadi barli malt, susu dan koko kepada rakyat Malaysia sejak turun-temurun – membawakan cita rasa ikonik yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian mereka. Sebagai minuman malt coklat pertama di Malaysia untuk diberikan pensijilan Logo Pilihan Sihat, MILO® terus menjadi sumber tenaga berkhasiat. Mercu jaya ini sesungguhnya memperlihatkan peranan berterusan MILO® untuk memupuk gaya hidup aktif, mendukung kelestarian dan menyokong kemajuan negara – satu cawan pada satu masa.  

Di samping itu, sumbangan MILO® kepada sukan Malaysia sememangnya tiada tandingan. Selama beberapa dekad, jenama ini telah memupuk bakat-bakat muda untuk menimba pengalaman dan menonjolkan diri menerusi program akar umbi yang antara lain termasuk Klinik Juara MILO®, MILO® Hidup Bola, dan Hari Sarapan MILO® Malaysia. MILO® terus memainkan peranan aktif dalam pembangunan sukan, berganding bahu dengan badan-badan sukan negara untuk mengukuhkan penyertaan peringkat akar umbi dan menggalakkan pergerakan sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia. Generasi demi generasi atlet telah melangkah maju di bawah sepanduk MILO®; membuktikan bagaimana sukan boleh membina perwatakan, disiplin dan komuniti.  

Dalam pada itu, MILO® juga berusaha memelihara masa depan bumi. Menerusi inisiatif Tenaga Untuk Kebaikan, MILO® menekankan komitmen jangka panjangnya kepada pengeluaran bertanggungjawab, pembungkusan kitaran dan pendidikan alam sekitar. Di kemudahan Chembong, Negeri Sembilan, kilang pengeluaran terbesar MILO® di dunia, jenama ini terus meningkatkan kecekapan dan mengurangkan jejak karbon. Ini termasuk penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui, pengurangan sisa dan mempelopori inovasi dalam pembungkusan lestari.  

Manakala dari sudut komuniti dan sekolah, program penyantunan masyarakat oleh MILO® membantu rakyat Malaysia memahami bagaimana tindakan kecil daripada kitar semula kepada membuat pilihan pemakanan berkhasiat boleh menyumbang kepada bumi yang lebih sihat. Usaha berterusan ini mencerminkan jenama yang bukan sahaja membekalkan tenaga, tetapi juga menabur bakti kepada masyarakat dan bumi.  

Untuk memperingati mercu jaya ini, MILO® akan menganjurkan Dataran Ulang Tahun Ke-75 MILO®: Arena Sarapan Juara, dari 29 Oktober hingga 2 November 2025 di LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid.  Acara ini mengajak rakyat Malaysia untuk mengimbas kembali detik-detik yang dikongsi bersama MILO® sambil meneroka hala tuju masa depan dalam pemakanan, sukan dan kelestarian. Pengunjung dialu-alukan untuk menikmati makanan di Zon Sarapan Berkhasiat, menyertai aktiviti Tenaga Untuk Kebaikan MILO®, dan membeli produk eksklusif MILO®. Sambutan selama lima hari ini bukan sahaja membawa nostalgia kenangan lama; tetapi juga membolehkan orang ramai melihat bagaimana komitmen jenama yang dekat di hati mereka ini tetap kukuh dan akan terus berkembang maju menjangkaui 2026.  

Mengulas tentang mercu jaya ini, Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO® di Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Selama 75 tahun, MILO® telah memainkan peranan dan menyokong pembangunan sukan, sekolah dan komuniti di Malaysia. Ulang tahun ini bakal membuka lembaran baru. Kami akan terus membekalkan tenaga untuk  kebaikan kepada generasi masa depan, menggalakkan gaya hidup aktif dan merintis jalan bagi memupuk insan yang lebih bertanggungjawab dan mewujudkan bumi yang lebih hijau. Sambil menutup tirai sambutan, MILO® akan kekal menunaikan janji untuk menjana khasiat pemakanan penuh bertenaga yang mencergaskan badan dan mencerdaskan minda sambil membakar semangat rakyat Malaysia.  

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading