11

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain import berhubung kes pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen.

Dalam satu kenyataan hari ini, FIFA berkata setelah meneliti semua hujahan dan menjalankan sesi pendengaran, badan itu mengekalkan sepenuhnya hukuman yang dijatuhkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum ini.

Dalam keputusan yang diumumkan, FAM diperintah membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM 1.8 juta) kepada FIFA, manakala tujuh pemain, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano masing-masing didenda CHF 2,000 (RM 10.3 ribu).

Kesemua pemain itu juga digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.

Jelas FIFA, FAM dan para pemain terlibat telah dimaklumkan mengenai keputusan itu pada hari ini.

Mereka mempunyai tempoh sepuluh hari untuk memohon keputusan berserta alasan penuh, dan selepas itu 21 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport).

Pada September lalu, kesemua tujuh pemain warisan itu didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkenaan pemalsuan dokumen.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading